Ahad lalu melalui laman blog miliknya bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST telah memebrikan satu pandangan yang kelihatan lebih kepada satu sindiran kepada Najib.
Bekas Ketua Pengarang NST itu telah mencadangkan agar Rosmah Mansor dilantik oleh Najib bagi menggantikan sekurang-kurangnya empat Menteri yang tak tahu buat kerja.
Walaupun nampak sinis namun ada rasionalnya, ini lebih baik dari membiarkan Rosmah Mansor menyibuk tak tentu hala dalam urusan pentadbiran Kerajaan.
Namun begitu biarpun cadangan tersebut ada rasionalnya ada juga golongan cerdik pandai yang membantah cadangan itu dan dalam masa yang sama mempertahankan isteri kedua Perdana Menteri itu.
SHAH ALAM - Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.
Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.
"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya. "Menteri jangan kecil hati," katanya.
Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.
Lapor Sinar Harian lagi..
Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.
Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.
Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.
"Rosmah ada peranannya yang tersendiri. "Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.
Selain itu, Azizuddin juga berkata untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai.
"Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.
Nampaknya Proffesor-proffesor itu tidak faham apakah sebenarnya yang dipersoalkan majoriti rakyat termasuk ahli UMNO sendiri.
Apa yang dipersoalkan rakyat ialah siapakah Rosmah untuk mewakili Kerajaan Malaysia sedangkan tiada seorangpun rakyat Malaysia telah memilihnya untuk mewakili Kerajaan Malaysia?
Persoalan itu berbangkit bilamana Rosmah menggunakan jet milik kerajaan Malaysia untuk urusan peribadinya di luar negara.
Dalam masa yang sama biarpun bergelar Proffesor, Jayum Jawan juga tidak tahu bahawa Najib suami kepada Rosmah itu bukanlah pemimpin nombor satu negara, Yang DiPertuan Agung adalah pemimpin pertama negara ini..
Tapi tak sia-sialah mereka bodek Rosmah... sebab Najib dah umumkan gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam PHD dan Sarjana, manakala yang ada PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat...
Gaji permulaan tinggi untuk penjawat awam PHD dan Sarjana
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.
Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).
"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya. kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.
Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.
"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.
"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.
Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan ~ Astro Awani