Biasanya kalau kita menyaksikan perbahasan dalam Parlimen yang disiarkan secara langsung oleh RTM, kita akan menyaksikan bila Najib diserang oleh Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, maka riuh rendahlah Ahli Parlimen BN bangun mempertahankannya..
Tindakan mempertahankan yang lebih berupa satu tindakan membodek itu nampaknya kini telah menular ke sidang DUN Pulau Pinang pula..
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu gerai makan diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.
Kekecohan tercetus apabila Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mahu ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid menarik balik kenyataannya berhubung isu itu yang disifatkan sebagai rasis.
Phee mendakwa Jahara cuba menimbulkan persepsi perkauman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) apabila mengatakan PBT hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
"Saya tak kata PBT hanya ambil tindakan kepada orang Melayu. Kalau ada impression (tanggapan) macam itu saya minta maaf. Saya hanya minta keadilan, penjelasan. Peniaga terbabit bukan baru berniaga sehari, dua...sudah 20 tahun.
"Kalau mahu ambil tindakan, ambil tindakan terhadap semua...jangan pilih-pilih," kata Jahara ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan DUN di sini, hari ini.
Pertikaman lidah itu berjaya dihentikan apabila Speaker Datuk Law Choo Kiang mengarahkan Phee duduk selepas Jahara memohon maaf dan mengarahkan ketua pembangkang itu meneruskan perbahasannya.
Bagaimanapun, dewan kembali kecoh apabila Jahara mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baharu bagi Pulau Jerejak.
"Adanya satu pulau di sini diberi nama baru Mazu Island. Mazu Island ini adalah Pulau Jerejak yang mana telah diberi nama baru oleh seorang pengusaha yang mempromosikannya dalam bentuk pelancongan.
"Sebuah tokong besar juga dibina tanpa kebenaran. Siapa yang meluluskan semua ini," katanya sambil menunjukkan gambar pengusaha itu bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Tindakan Jahara menunjukkan gambar itu menimbulkan rasa tidak puas hati R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima), Phee (DAP-Sungai Puyu) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) yang bangkit mempertikaikan tindakan itu.
"Itu sudah melampau...tindakan ini menuduh seolah-olah kerajaan negeri beri kelulusan semata-mata orang itu mengenali ketua menteri. Mana ada bukti ketua menteri beri kelulusan," kata Rayer.
Jahara kemudiannya berkata beliau hanya mahu penjelasan kerajaan negeri berhubung kewujudan nama Pulau Mazu itu.
Bagaimanapun, Jahara terus-terusan diasak wakil rakyat berkenaan yang mahu beliau menjelaskan tindakannya itu.
Tindakan wakil rakyat yang tidak memberi peluang kepada Jahara untuk berbahas telah menyebabkan kesemua sepuluh wakil rakyat BN meninggalkan sidang DUN sebagai tanda protes. -Bernama
Kenapa pula mereka-mereka itu perlu membantah berlebih-lebih pula sedangkan Guan Eng masih boleh bersuara untuk menjawab...
Sedarlah anda semua dipilih untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, bukannya dipilih untuk ke Dewan untuk bodek Guan Eng..
Ini penjelasan Guan Eng mengenai perkara yang dibangkitkan ini..
Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah meluluskan pertukaran nama Pulau Jerejak kepada 'Pulau Mazu' seperti didakwa sesetengah pihak.
"Kerajaan negeri tidak pernah berikan kelulusan itu. Untuk beliau (Datuk Jahara Hamid) membuat dakwaan seperti itu, jahat seribu jahat. Jangan berlagak macam ketua pembangkang yang dulu, cakaplah yang benar," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.
Lim berkata beliau sedang menunggu laporan daripada pihak berkenaan berhubung isu ini.
"Kami akan jawab isu ini. Saya masih menunggu laporan daripada pegawai pejabat tanah. Sehingga saya menerima laporan itu, saya tidak akan mengulas lanjut isu ini," katanya.
Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru kepada Pulau Jerejak.
Mengulas dakwaan Jahara bahawa berlakunya pilih kasih berhubung tindakan diambil terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth, Lim berkata ketua pembangkang itu sepatutnya tidak menjadikan ia sebagai isu perkauman.
"Janganlah main isu perkauman. Kalau nak cakap mengapa tidak ada tindakan, kita sedia terima. Tetapi jangan cakap mengapa tidak ada tindakan ke atas peniaga Cina tetapi ambil tindakan ke atas peniaga Melayu," katanya. -Bernama
Ni lagi satu contoh...