Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Gambar-gambar dua beranak maut kereta dirempuh van kilang di Pulau Pinang..

$
0
0

GEORGE TOWN - Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama lima anggota keluarga mereka dirempuh sebuah van kilang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, Saodah Hashim, 48, dan Nazirul Hafis Muhammad Bakri, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badan.


Beliau berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, sebuah van kilang dari arah bertentangan menghala ke Bayan Lepas hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu adik Saodah, Mohd Firdaus, 24.

"Ketika kejadian kedua-dua mangsa berada di tempat duduk penumpang dan rempuhan kuat itu menyebabkan Saodah tersepit manakala anak lelakinya dipercayai tercampak keluar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Difahamkan tujuh sekeluarga itu berasal dari Pantai Merdeka, Kedah datang bercuti ke negeri ini sempena musim cuti sekolah.

Ismail berkata, Mohd Firdaus dan dua anak Saodah, Mohd Khairul Nizar, 22, dan Sazafiza, 16, serta pemandu van kilang Muhd Nurfaidhi Alias, 25, cedera parah manakala ibu Saodah, Salmah Hashim, 64, dan seorang lagi anak Saodah, Mohd Naufal, 4, cedera ringan.



Kesemua mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Tarmizi Mohd Noor berkata pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit dari kedua-dua kenderaan yang remuk teruk itu. - Bernama

Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles