Mula-mula Sarawak umumkan Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda..
Dengan itu gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Dan ianya berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas... maknanya kesemua mereka akan menerima bayaran tunggakan kenaikkan gaji itu..
Tapi macai-macai UMNO pura-pura tak nampak kenaikkan gaji itu, malah menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang turut menikkan gaji MB dan juga ADUN-ADUN nya..
Bukan saja macai yang mengulas seperti orang yang tak cukup akal.. malah pemimpin mereka juga sama, antaranya ialah di bawah ni..
Kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang diumumkan Rabu lalu, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang mempermain harapan rakyat dan hanya berminat menjaga kebajikan sendiri.
Kenaikan itu yang berkuat kuasa 1 Jan depan juga menunjukkan gabungan PKR-PAS-DAP yang membentuk kerajan negeri umpama "cakap tak serupa bikin" apabila gagal memperjuang agenda membela nasib rakyat seperti mengurangkan kemiskinan dan jurang pendapatan penduduk bandar.
"Mereka cakap tak serupa bikin, mereka tuduh kita (Barisan Nasional) macam-macam... di Selangor, rakyat terpaksa mengharungi kesusahan, kesesakan dan taraf hidup yang tinggi.
"Tindakan itu bukan saja tidak hiraukan kesusahan rakyat, malah lebih memikirkan kedudukan diri sendiri. Saya ucap tahniahlah kerana mereka berjaya menaikkan taraf ekonomi diri sendiri," kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media selepas perasmian Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di sini, Khamis ~ Bernama
Yang dia nampak ialah Selangor.. tapi Sarawak Hishamuddin buat-buat tak nampak..
Kemudiannya pula dilaporkan oleh Malaysikini..
Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka menaikkan gaji bulan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan cadangan pindaan statut berkaitan dijangka dibentangkan minggu depan.
ADUN negeri itu kini mendapat gaji pokok RM4,112.79 dengan elaun tetap RM2,000.
Elaun tetap termasuk RM500 (elaun khas), RM500 (hiburan), RM400 (pengangkutan) dan RM600 (pemandu).
Jika kenaikan diluluskan, ADUN akan menerima gaji baru RM6,000 dan elaun RM5,500, menjadikannya RM11,500 untuk setiap seorang.
Bagaimanapun nasib Guan Eng lebih baik jika dibandingkan dengan nasib Tan Sri Khalid, kerana belum sempat macai-macai menyerangnya dengan isu tersebut, Kerajaan BN Perak juga mengumumkan akan menaikkan gaji ADUN-ADUNnya..
IPOH - Sidang Dun Perak semalam meluluskan perbelanjaan sebanyak RM339 juta bagi Bajet 2014.
Perkara itu dipersetujui selepas kesemua Adun berbahas pada Persidangan Kelima Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dun Perak.
Bajet yang diluluskan itu termasuklah kenaikan elaun saraan Adun daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan.
Persidangan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 November sehingga semalam itu turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat Adun termasuk kawasan pembangkang ~ Sinar Harian
Dan Johor punya hutang mencecah RM1.38 billion pada Jun 2012 dengan RM700 juta hutang dikumpulkan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor turut mempertimbangkan untuk menaikkan gaji ADUN-ADUNnya..
KLUANG: Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.
"56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor, di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini Jumaat ~ Bernama
Tak mahu ucap tahniah kepada MB dan ADUN Perak dan Johor yang juga menaikkan taraf ekonomi diri sendiri ke Hishamuddin?
... Tak salah dinaikkan gaji mereka sebenarnya...
Bagi yang berpendapatan lebih dari RM6,000 tentu berkata banyak tu saja gaji mereka?.. cukup ke?.. bagi yang berpendapatan RM1500 sebulan tentu akan berkata banyaknya gaji mereka...
RM6,000 kalau zaman dulu memanglah banyak, tapi dizaman semuanya serba mahal ni mana nak cukup..
Memang YB-YB itu diberikan peruntukan, tapi setahu aku paling lamapun peruntukan itu hanya boleh bertahan 4 hingga 5 bulan saja.. bila dah habis diaorang nak cekau dari mana?
Terpaksalah minta kawan-kawan pula yang tolong.....