Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Demo lagi di Pulau Pinang.. kali ni isu 'Kucing Kurap' pulak..

$
0
0

Gambar di atas ialah gambar demo yang telah diadakan oleh sebuah NGO yang menamakan kumpulan mereka sebagai NGO Melayu Islam Pulau Pinang.


Demo telah diadakan oleh mereka sebagai membantah kebiadapan Jeff Ooi dan Tony Pua sejurus selesai Solat Jumaat di hadapan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Lebuh Acheh, Pulau Pinang.

Meskipun Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah menegaskan isu 'kucing kurap' dan 'tokong' yang dicetuskan oleh Ahli Parlimennya, Jeff Ooi Chuan Aun itu bukanlah pendirian DAP, mereka tetap mengaitkannya dengan DAP... sila baca di SINI

Tapi... ayat-ayat kat banner tu nampak macam macai-macai UMNO punya kerja saja tu...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengikut nasihat Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow agar memohon maaf di atas kenyataan “kucing kurap” terhadap pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Ooi diserang oleh pelbagai pihak berhubung kenyataannya malahan rakan-rakannya dari DAP dan PKR turut memintanya memohon maaf.
“Chow mewakili parti dan kerajaan negeri. Saya cadangkan agar Jeff Ooi mendengar nasihat Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang,” katanya apabila ditanya berhubung isu tersebut.
Lim sebelum ini tidak pernah membuat kenyataan berhubung isu ini sehingga dikritik badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Lim menyatakan pendiriannya.
Beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri termasuk exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini membidas tindakan ahli Parlimen Jelutong) yang melabel pegawai rendah MPPP sebagai “kucing kurap”.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kasim (PKR-Batu Maung) berkata ayat seumpama itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ahli Parlimen yang mempunyai banyak saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MPPP.
Bagaimanapun semalam Ooi mengatakan beliau tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan itu ~ The Malaysian Insider

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles