Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Disaman RM100Juta oleh Shahrizat: Rafizi tak kisah.. malah gembira!

$
0
0

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sangat gembira apablia mendengar bahawa Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil menyaman mereka berdua hari ini.


Rafizi dalam respon segera menyatakan di Twitter bahawa tindakan Shahrizat akan lebih memberi peluang kepada mereka berdua untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan keluarga Shahrizat dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Zuraida juga senada dengan Rafizi dalam respon yang sama di laman mikroblog popular di dunia itu.

Tegas Zuraida, PKR tidak akan sesekali gentar dengan saman yang dibuat Shahrizat kerana keadilan akan tetap ditegakkan, walaupun terpaksa turun naik mahkamah bagi membuktikan bahawa kebenaran akan tetap berpihak kepada siapa yang memperjuangkannya!

Malah tindakan saman Shahrizat ini juga mendapat maklum balas positif dari pengikut Twitter mereka berdua hingga ada peguam yang mengetahui perkara ini secara sukarela memberi khidmat guaman secara pro bono (percuma).

Laporan diatas oleh Jalan Pulang, sementara itu Sinar Harian Online pula melaporkan..

Rafizi sedia jumpa Shahrizat di mahkamah

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau dan Ketua Wanita parti Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berhadapan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mahkamah.

"Kita akan bertemu di mahkamah," kata beliau dalam satu salah mesej menerusi Twitter petang ini.

Mengulas tindakan saman RM100 juta yang diambil oleh Shahrizat hari ini, Rafizi berkata, "apa-apa pun ia tidak akan menjejaskan hari sayalah. Saya tetap akan pergi menikmati satar di Kemaman esok. Kemungkinan kerutuk lembu juga."

Shahrizat memfailkan saman ke atas kedua-dua pemimpin PKR itu berhubung kenyataan-kenyataan berkenaan projek lembu daging kontroversi yang dikaitkan dengan keluarganya.

Dalam satu lagi mesej, Rafizi berkata, secara politik, keputusan membawa kes itu ke mahkamah adalah tindakan "membunuh diri bagi Shahrizat."

Dalam mesej Twitter sekitar jam 4 petang tadi, katanya, ini kerana pihaknya menantikan pertemuan di mahkamah untuk mendedahkan segala maklumat.

Dilihat merujuk kepada nilai tuntutan, Rafizi berkata: "Kalau Kak Jat (Shahrizat) menang, beliau boleh ambil kereta saya yang murah. Tiada hal."

"Kalau kita orang menang, adakah kami boleh dapatkan kondo-kondo," katanya lagi.

*******************************************


Isu NFC: Shahrizat Saman Zuraida, Rafizi RM100 Juta

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Khamis memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Saman tersebut difailkan peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.

Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta.

Menerusi writ saman tersebut, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno memohon perintah injuksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang pernyataan atau kenyataan secara bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan, Shahrizat sebagai plaintif tidak pernah memiliki sebarang ekuiti mahupun memegang jawatan sebagai pengarah di NFC, Agro-Science Industry Sdn Bhd atau mana-mana syarikat yang bersekutu.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala Agro-Science Industry Sdn Bhd adalah syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia.

Pada 2006, Kementerian Pertanian menganugerahkan pembinaan projek Fidlot Nasional kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd dan Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd.

Bagaimanapun Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd manarik diri dan projek berkenaan hanya dianugerahkan kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd melalui NFC.

Dinyatakan juga bahawa keputusan atau isu penganugerahan projek ini tidak pernah dibawa ke kabinet dan oleh itu Shahrizat tidak menyertai atau mempengaruhi proses penganugeahan projek.

Penyataan tuntutan itu juga menyebut bahawa Shahrizat tidak mempengaruhi Kementerian Pertanian atau komiti khas untuk projek berimpak tinggi dalam proses pemilihannya.

Shahrizat juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam NFC dan juga tidak memainkan sebarang peranan di dalam proses penganugerahan projek ini kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang serta Rafizi telah dikatakan secara konsisten melancarkan satu kempen untuk menyerang dan memfitnah Shahrizat sejak November 2009 selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno, menteri dan beliau sendiri sebagai seorang individu.

Akibat daripada pelbagai tuduhan dan fitnah, Shahrizat telah menjadi bahan cemuhan dan tohmahan orang ramai, rakyat, ahli-ahli parti serta ahli kerajaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417