Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Laaa.. Runtuh lagi siling Hospital Serdang ni!

$
0
0

Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi ini, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata runtuhan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi.

"Bahagian berkenaan sebelum ini telah dikosongkan untuk kerja-kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit telah dialihkan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Usaha Bernama untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan.

Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

Sebelum ini, beberapa kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan.

Pada 30 September lalu, siling wad bersalin runtuh, menyebabkan timbul gesaan supaya Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan jika siling runtuh lagi.

Insiden pertama berlaku pada 30 Januari 2011 di lobi utama, tetapi tidak ada yang tercedera.

Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera apabila berlaku lagi insiden siling runtuh, kali ini di Jabatan Kecemasan pada 13 Ogos 2012.

Menurut bekas MP Serdang Teo Nie Ching, menteri kesihatan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memaklumkan kepadanya bahawa kementerian itu telah memperuntukkan RM800,000 untuk menggantikan kawasan yang luas 250 kaki persegi siling berikutan kejatuhan pertama.

Teo berkata, didapati bahagian siling adalah "longgar dan berbahaya", menyebabkan Kementerian Kerja Raya menyiasat perkara itu ~ Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417