Semalam AmenoWorld ada mengulas tentang laporan mengenai Motorsikal dan Tol yang telah disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia.
Ulasannya berkisar tentang alasan keselamatan yang diberikan oleh pihak Kerajaan tentang pengguna-pengguna Motorsikal berkuasa rendah, ulasannya korang bacalah di ( SINI )
Antara apa yang dilaporkan oleh Utusan itu ialah..
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.
Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.
"Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan," katanya sidang Dewan Rakyat hari ini ~ Utusan
Memang nampak baik niat Kerajaan itu.. cuma aku hairan sikit pasal selama ini apa saja yang dilakukan oleh Kerajaan BN ini walaupun ianya baik untuk rakyat tapi dalam masa yang sama kepentingan kroni tetap diutamakan..
Tapi hari ini bila membaca satu laporan dari media yang dikawal oleh Penyokong UMNO Pro Mahathir yang memetik laporan dari Nanyang Siang Pau, ada bahagian yang menyerlahkan niat sebenar Kerajaan yang tidak disiarkan oleh Utusan itu..
Dimana pada perenggan terakhir telah dilaporkan..
“High-powered motorcycles are exempted from toll charges because they fall under the category of two-wheeled vehicles,” he said, adding that motorcyclists had to pay toll at the Malaysia-Singapore Second Link Expressway (Tanjung Kupang Toll Plaza), as well as the Penang Bridge.
Jadi... jika kutipan tol terhadap motorsikal yang dikenakan di Jambatan Pulau Pinang dan juga Second Link itu dijadikan contoh..
Faham-fahamlah ya... kutipan tol yang dikenakan dikedua-dua tempat tersebut bukanlah berdasarkan kapasiti enjin.. lalu saja bayar, tak kira besar atau kecil..
![]() |
The Malay Mail Online |
Selepas ini.. aku cadangkan kepada Kerajaan supaya mendirikan bumbung bagi setiap lorong pejalan kaki yang ada.. kemudian kutiplah tol.. perah hingga ke syiling terakhir rakyat yang ada...