Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Kerajaan bayar RM7.2 bilion untuk perunding?.. Apa, Kakitangan yang ada tu Kurang Cerdik ke?

$
0
0

Adalah mustahil untuk mengatakan semua Kakitangan Kerajaan terdiri dari mereka yang kurang bijak belaka sepertimana macai UMNO hinggakan Kerajaan terpaksa membayar lebih dari RM7Biilion kepada perunding.

Mustahil kerana umum tahu boleh dikatakan hampir setiap Kakitangan Kerajaan dihantar menghadiri kursus yang berkaitan dengan perkhidmatan mereka setiap tahun.

Apa guna dihantar menghadiri kursus,seminar, konvensyen dan entah apa lagi tah.. tapi tidak mendatangkan hasil hingga Kerajaan perlu mengharapkan perunding dalam menghadapi permasaalahan..

Lagipun rasanya Kerajaan juga tidak mengambil individu yang gagal SRP atau PMR ataupun bersekolah sehingga Darjah 6 sahaja sebagai Kakitangan.

Kebanyakkannya yang ada sekarang memiliki sekurang-kurangnya Sijil, Diploma dan Ijazah ataupun Master..

Ditambah dengan pengalaman berbelas atau berpuluh tahun mereka dalam pentadbiran.. mustahil mereka tidak tahu apa yang baik dan perlu dilakukan untuk penambahbaikkan Jabatan mereka..

Kenapa Kerajaan BN memilih untuk membayar perunding yang hanya pandai bercakap berdasarkan teori dari mengambil pendapat Kakitangan Kerajaan sendiri yang jelas lebih berpengalaman?

Lainlah kalau yang naik jadi Pengarah tu naik kerana bodek...

Dalam masa yang sama tindakan Kerajaan ini juga merupakan satu penghinaan terhadap kebijaksanaan Kakitangannya sendiri...

RM7.2 bilion bayar perunding 
Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu. 
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum. 
"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini. 
Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013. 
Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat. 
"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari. "Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya. 
Beliau turut menggesa kerajaan mengambil sikap telus dalam perkara ini serta mendedahkan semua butiran daripada pembayaran kepada perunding swasta tersebut. 
"Lebih banyak ketelusan diperlukan. 
"Kami menyeru semua kementerian mendedahkan secara sepenuhnya jumlah yang dibelanjakan untuk syarikat perunding swasta dan nama syarikat perunding terbabit," katanya. 
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan penjawat awam yang terdiri seramai 1.42 juta ketika kerajaan berbelanja besar membayar perunding swasta. 
"Isunya di sini ialah pengabaian peranan penjawat awam dalam kerajaan sedangkan kita mempunyai lebih sejuta penjawat awam. 
"Perkara ini sangat membimbangkan, kami desak kerajaan beri penjelasan. 
"Kami mahu butiran, nama perunding dan berapa banyak yang dibelanjakan,” katanya pada sidang media sama. 
Isu perlantikan perunding luar bukan kali pertama dibangkitkan oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kerana DAP turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu ~ The Malaysian Insider

Kenapa??... Atau dihantar pergi kursus demi kroni yang menguasai syarikat Bas dan kroni yang menguasai Hotel? Atau saja-saja nak perhabis peruntukkan?

Dan mentaliti ini maksud aku lebih percaya kepada orang luar dari orang tempatan rasanya menebal dalam jiwa kebanyakkan rakyat Malaysia..

Lebih percaya dan yakin kepada produk atau nasihat orang dari luar negara sendiri berbanding produk atau nasihat orang tempatan... (Proton tak kira.. sebab kualitinya ditangan Kroni bukan QC..)

Siapa yang terlibat secara langsung dalam pemasaran tentu faham dan pernah lalui apa yang aku tulis kat atas tu..



..... Buat semua sahabat Blogger, Facebooker dan apa sajalah..  ni peluang utk side income utk byr bill broadband, silalah klik disini .. #TheNewChurp2 http://my.sharings.cc/p/5jdBz

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417