Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Akhirnya.. Mukhriz akui Ahli UMNO memang kurang cerdik...

$
0
0

Dulu aku pernah tulis mengenai sebab-sebab UMNO dipimpin oleh pemimpin yang terdiri dari orang-orang kurang cerdik atau bodoh.. kat mana aku letak aku pun dah lupa..

Antara sebabnya ialah pemimpin-pemimpin UMNO diakar umbi akan memastikan pemimpin yang mereka lantik sebagai Ketua mereka ialah individu yang lebih kuurang cerdik dari mereka.

Tujuannya ialah supaya mudah untuk mereka perbodohkan.. begitu juga pemimpin yang telah dilantik itu.. beliau juga akan memilih individu yang lebih bodoh dari mereka sebagai ketua mereka pula.. maka hasilnya kita boleh lihat pada Menteri-menteri yang datangnya dari UMNO..

Sepertimana bapanya yang menegaskan bahawa UMNO kini dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh ( SINI ) dan juga tak waras ( SINI )..  ini pula anak Mahathir menegaskan perkara yang sama...

Umno perlu memberi lebih ruang kepada generasi baru turut serta bergiat aktif dalam politik.  
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pelapis muda yang terdiri daripada golongan terpelajar perlu diberikan peluang menerajui Umno.  
Namun menurut Mukhriz, perkara ini tidak berlaku memandangkan mengikut budaya parti itu, kuasa pemilihan ditentukan oleh Umno peringkat Cawangan atau Bahagian.  
“Kita mesti buka ruang..jangan halang.  
“Kalau yang tak berapa cerdik memimpin maka dia akan pilih pemimpin pelapisnya yang kurang berapa cerdik  
“Kalau itu berlaku setiap generasi sehingga semakin berkurang IQ pemimpin jadi satu digit maka Umno akan jadi makin tak relevan,” katanya dalam satu program wacana di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.  
Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pemimpin lama perlu berani membawa perubahan dengan membenarkan generasi baru menerajui Umno kerana parti itu punya ramai generasi golongan terpelajar berkelulusan luar mahupun tempatan.  
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada sekolah cina dan mahu menumpukan bantuan sekolah kebangsaan.  
Ini berikutan perubahan undi Cina semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu yang membelakangkan MCA dan Barisan Nasional (BN).  
Beliau berkata pihaknya tidak boleh mengabaikan pengundi yang menyokongnya sebelum ini, malahan Kedah juga penduduknya majoriti terdiri daripada Melayu.  
“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga.  
“Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.  
“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya ~ Free Malaysia Today

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles