Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Nik Zawawi buat lawak ke ni?


Dewan Ulama Pas menegaskan kajian semula tahaaluf siyaasi di antara parti itu dan PKR adalah bertujuan untuk memberi amaran supaya perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas mempunyai pendirian yang jelas dalam menjalinkan kerjasama di antara parti itu dengan dua lagi sekutu politiknya.

"Kita guna kaedah tahaaluf siyaasi, apa masalah yang berlaku, DAP senang berbincang dengan kita berbanding PKR sebabnya kita berpegang kepada prinsip Islam apa yang kita cakap ia benar," katanya pada 'Forum Tahaaluf Siyaasi', di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini, malam tadi.

Tegas Nik Zawawi lagi, tahaaluf siyaasi yang dijalin Pas bertunjangkan Islam dan ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah pun ditetapkan sehingga ada perkara di mana Pas tidak boleh bertolak ansur.

"Kita jalankan tahaaluf untuk menguntungkan Islam, jika ada ia akan kekal tetapi kalau tidak penuhi syarak kita tegas dan kita sudah beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain Pas ada prinsip.

"Ada benda yang tak boleh bertolak ansur, yang akan membatalkan perjuangan kita. Ini yang kita nak jaga.

"Kita kaji tahaaluf siyaasi ini bukan kita nak tolak secara total, kita hanya nak bagi sedikit 'warning' kepada rakan tahaaluf siyaasi kita pakati bersama, apa perkara nak buat kena bincang dulu," katanya.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama bagaimanapun berkata, rakan perikatan DAP dilihat selesa dengan kaedah tahaaluf siayaasi yang digunapakai Pas.

Beliau juga turut memberi jaminan, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati PKR dan DAP selagi garis panduan talaaluf siyaasi yang ditekankan parti itu diikuti.

"Saya jamin tahaaluf siyaasi kalau tak merugikan Islam, kita tak akan pernah khianat, jangan bimbang," ujarnya ~ Sinar Harian..


... Ooo  "Kita tak akan pernah khianat" katanya.. nak tergelak aku bacanya.. nak hentam lebih-lebih nanti penuh pulak e-mail aku dengan e-mail sumpah seranah sebab hentam ulama ni..

Mungkin dia dah lupa apa yang dah jadi masa PRU13, Mei lalu.. cuba korang lihat di ( SINI ) dan nilaikan adakah ianya khianat atau tidak?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417