Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Najib Gelabah.. Mukhriz sahkan tanding Naib Presiden UMNO..

$
0
0

Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan penyertaannya untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam sidang media di Alor Setar hari ini, memberi isyarat tiga penyandangnya bakal berdepan dengan tekanan untuk mempertahankan jawatan penting tersebut.

Pelbagai spekulasi menyelebungi mengenai Menteri Besar Kedah tersebut, malah khabar angin juga mengatakan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menasihati anak bekas perdana menteri,

Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut supaya tidak bertanding dalam merebut jawatan naib presiden parti. Sebaliknya, Mukhriz dikatakan hanya akan bertanding untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT). 

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Mukhriz menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Melayu terbesar itu pada Oktober ini.

Beberapa minggu lalu, blogger pro Dr Mahathir juga kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti ~ The Malaysian Insider

Kenapa pulak Najib nak gelabah?.. Baca nih..

Blogger Umno Syed Akhbar Ali hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir petang tadi.

Menurut Syed Akhbar, Najib telah menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada Mukhriz berhubung pertemuan tersebut.

"Berbagai teori timbul berikutan perjumpaan tersebut antara tujuannya ialah meminta Mukhriz untuk tidak bertanding

"Hasrat Mukhriz untuk bertanding akan menjejaskan pakatan Najib yang bukan saja mengoyahkan kedudukan Hishamuddin malah Zahid Hamidi, Ali Rustam termasuk Shafie Afdal," kata Syed Akhbar di laman blognya.

Menurut Syed Akhbar, diantara teori lain ialah Mukhriz sendiri yang meminta mengadakan pertemuan bagi meminta nasihat mengenai hasratnya bertanding jawatan naib presiden Umno.

Syed Akhbar dalam blognya turut menyatakan sokongan terhadap anak kepada bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Hasrat Mukhriz itu bagaimanapun menjejaskan pakatan Najib yang mahu penyandang naib presiden Umno dikembalikan pada pemilihan akan datang.

Mukhriz dilaporkan menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Melayu terbesar itu pada Oktober ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles