Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Macai UMNO tuduh Anwar disebalik kematian Chin Peng pada 16 September..

$
0
0

Selain merupakan satu fitnah untuk memburuk-burukkan PKR.. Inilah artikel yang paling bodoh yang pernah aku baca sepanjang menulis Blog, kerana ianya menyerlahkan kebodohan penulis itu sendiri..

Oleh kerana ketandusan isu untuk dibawa dalam meneruskan agenda menyerang Anwar dan PKR, seorang macai UMNO telah mereka cerita yang lebih berupa fitnah tentang kematian Chin Peng..

Baca apa yang ditulisnya ini...

Diberitakan yang Chin Peng telah menghembuskan nafasnya di Hospital Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi. Yang menariknya adalah dia meninggal pada kita semua sedang menyambut Hari Merdeka. 
Adakah ini suatu konspirasi??? 
Mengikut maklumat yang disampaikan oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan Chin Peng, bekas pemimpin komunis ini sebenarnya telah 6 bulan berada di hospital berkenaan.

Khabarnya Chin Peng telah berada dalam keadaan 'technically dead' sejak sekian lama dan hanya bergantung kepada mesin untuk terus hidup. Sememangnya perkara ini telah dirancang. Pagi 16 September, 'life support machine' telah dicabut atas arahan orang berkepentingan. Persoalannya siapa yang merancang?? 
Chin Peng mati hari ini yang juga Hari Malaysia. Hari ini juga merupakan hari kelahiran Lee Kuan Yew, pengganas komunis dari Singapura. 
Suratan atau kebetulan?? 
Nampaknya konspirasi kematian Chin Peng seolahnya dirancang supaya hari kematiannya senang diingati oleh para pencinta komunis. Para komrad yang masih di dalam DAP dan PKR pasti akan meraikan 16 September. Tetapi bukan kerana hari gabungan Semenanjung Malaya dan Kepulauan Borneo, tetapi sambutan bagi memperingati tarikh kematian Chin Peng sebagai bapa komunis. 
Nescaya pada tahun hadapan para komrad komunis pasti akan mengadakan sambutan besar-besaran dengan mengangkat sepanduk dan membawa lilin di sekitar Kuala Lumpur.

Perkara ini sebenarnya telah dirancang. Perkara inilah yang ditunggu-tunggu oleh Yahudi dalam PKR supaya ada satu 'turning point' supaya rakyat tidak terus bersama dengan Najib Razak. Rancangan jahat Yahudi dengan berproksikan Anwar Ibrahim semakin menular di Malaysia. 
Inilah yang dipanggil 'New Agenda of The Hidden Hand'.


Kenapa aku kata macai UMNO yang menulis artikel itu bodoh??

Menurutnya "Mengikut maklumat yang disampaikan oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan Chin Peng, bekas pemimpin komunis ini sebenarnya telah 6 bulan berada di hospital berkenaan."

Hakikatnya ialah Chin Peng telah dimasukkan ke Hospital 11 hari sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Ong Boon Hua, better known as Chin Peng, died at 6.20am, 11 days after being admitted to hospital and just a month before he could celebrate his 89th birthday in exile, some 1,000 kilometres from his birthplace in Sitiawan. 
A statement released to the media said he had died ''after a long struggle with illness''. - BangkokPost.

Walaupun ianya menyerlahkan kebodohan penulis.. ada juga macai UMNO yang bodoh untuk mempercayainya...

Ini komen yang ditinggalkan dalam Blog pencacai UMNO itu...

"Terbaik artikel...mantap Jawa!!!"

Yang aku tak fahamnya ialah apa kaitan Chin Peng dengan sokongan rakyat kepada Najib?.. sedangkan keputusan PRU13 yang lalu membuktikan hanya minoriti rakyat yang sokong BN..

Lagipun nama Chin Peng setahu aku langsung tak diguna dalam kempen Pakatan Rakyat...

Betullah kata orang... adalah mudah memperbodohkan orang yang bodoh walaupun diri kita sendiri bodoh...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417