Tanpa mempedulikan pandangan dari Angkasawan Negara yang pertama Dr. Sheikh Muszaphar hari ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan Malaysia akan menghantar Kumpulan kedua Angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016..
Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Okt 2007 hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.
Setelah beliau kembali ke negara ini pada bulan April 2008 beliau telah menyarankan agar kerajaan menghentikan sementara misi penghantaran angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas sebaliknya memberi perhatian pada bidang pendidikan dan menarik minat golongan muda.
Katanya, kerajaan perlu balik semula pada usaha memberi tumpuan terhadap akar umbi memandangkan misi penghantaran angkasawan seterusnya memerlukan kos yang tinggi.
"Keadaan ini berbeza semasa saya menyertai kumpulan angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada Oktober tahun lalu kerana kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu sen pun sebagai timbal balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi 30MKM dari Rusia.
"Tetapi jika kerajaan ingin meneruskan misi itu, sebanyak RM100 juta diperlukan bagi membiayai kos penghantaran angkasawan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sepagi Bersama Angkasawan Negara di Dewan Kuliah Utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini pada 15 April 2008.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat aeroangkasa negara, Astronautic Technology (AT) Dato’ Dr Haji Ahmad Sabirin Dato’ Arshad menyifatkan penghantaran angkasawan hanyalah sebagai satu usaha menaikkan semangat dan kebanggaan negara.
Dari segi penyelidikan sains, ia agak terhad kerana angkasawan Malaysia yang pertama mempunyai masa yang agak singkat di Stesen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2007.
Menurut ANGKASA kos untuk menghantar Dr Sheikh Muzaphar Shukor Sheikh Mustapha ke angkasa adalah sejumlah RM27 juta dengan menumpang roket Rusia tetapi kos itu dilunaskan melalui perjanjian perdagangan dua hala dengan Rusia membabitkan pembayaran untuk minyak sawit yang dibelinya dari Malaysia.. sumbernya dari SINI
RM100 Juta itu adalah anggaran yang dibuat oleh Dr Sheikh Muzaphar pada tahun 2008 dan dengan nilai matawang negara yang semakin susut angka tersebut pasti akan meningkat lagi..
Dengan hasil penyelidikan dulu yang entah kemana.. kini Malaysia sekali lagi akan menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)...
Angkasawan Negara Kedua Menjelang 2016- Dr Abu Bakar
MELAKA: Malaysia dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan negara bagi melakukan pelbagai penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Beliau berkata agensi di bawah kementerian itu seperti Agensi Angkasa Negara dan Yayasan Angkasawan Malaysia sedang giat bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi menentukan misi dan tujuan utama penghantaran angkasawan kedua negara itu.
"Kita (kementerian) pada masa ini masih dalam fasa perancangan dan pelbagai perkara sedang dikaji termasuk menghantar dua angkasawan ke ISS dalam program itu, selain melihat kepada penyelidikan yang memberi keuntungan kepada negara untuk dijalankan di ISS.
"Semuanya perlu dilihat dengan teliti kerana (program ini) melibatkan peruntukan yang banyak dan bukan program melancong ke angkasa...selesai semua ini kami akan bawa kertas cadangan ke kabinet," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Science4u di Ayer Keroh di sini, Rabu.
Karnival sehari yang diadakan untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi itu merupakan antara 103 program yang dilaksanakan kementerian itu di sekolah-sekolah seluruh negara.
Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Okt 2007 hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.
Abu Bakar berkata Malaysia juga sedang merancang untuk meneruskan kerjasama dengan Rusia bagi melaksanakan program angkasawan negara kedua, selain merancang kerjasama dengan negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis dalam pelbagai aspek program itu.
"Kita lihat pada program di ISS melibatkan kerjasama banyak negara dari segi penghantaran angkasawan kepada pengurusan bahan buangan, semuanya ada kerjasama antara negara, begitulah yang kita mahu lihat pada program angkasawan kita, perlu ada kerjasama dengan banyak negara bagi kita belajar daripada semua orang," katanya.
Beliau berkata selain program angkasawan, Malaysia juga sedang giat melaksanakan program penghantaran satelit dan akan menghantar mikrosatelit TiungSAT bagi pemantauan muka bumi awal tahun depan.
"Program satelit terbesar kita adalah pada tahun 2015 apabila kita menghantar RazakSAT-2 yang akan membantu dalam proses pemetaan muka bumi dan pemantauan cuaca lebih berkesan.
"Pada tahun 2018 pula kita akan lancarkan RazakSAT-3 dan kedua-dua satelit ini mempunyai jangka hayat selama tujuh tahun," katanya. - BERNAMA
Persoalannya disini ialah meskipun Angkasawan pertama negara telah menyarankan agar program ini dihentikan.. mengapa Kerajaan tetap hendak meneruskannya???
Siapakah sebenarnya yang memperolehi menafaat dalam program ini?.. Rakyat atau Kroni?