Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

13 Penyokong PR dipenjara dua tahun dan denda RM5,000 kerana demo di Perak

$
0
0

Kejadian ini berlaku pada awal tahun 2009, ketika penyokong PR cuba menghalang pemimpin BN mengangkat sumpah membentuk kerajaan di Perak selepas tiga ADUN PR bertindak menjadi katak yang mesra BN.

Bagi menghalang proses peralihan kuasa, segelintir penyokong PR telah mengadakan perhimpunan selain cuba menghalang kereta Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dari menghadiri upacara mengangkat sumpah bakal MB Perak yang baru.

Berikutan itu, selepas dibicarakan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009.

Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah dan keterangan saksi serta rayuan hukuman daripada kesemua tertuduh sekaligus pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu.

Buat yang dah lupa ini video insidennya..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417