Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Syiah: Akhirnya PAS dikatakan punca ia tersebar di Malaysia..

$
0
0

Isu mengenai Syiah adalah antara beberapa isu yang tiba-tiba timbul setelah UMNO/BN mendapat sokongan minoriti dalam PRU13 yang lalu.

Ramai tahu bahawa ianya bukanlah satu perkara yang baru di negara ini tetapi ianya telah disensasikan selepas PRU13 lalu oleh media-media tunggangan UMNO/BN depercayai dengan tujuan untuk memecah belahkan PAS..

Menurut satu memorandum yang telah dikirim kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong melalui Perdana Menteri Malaysia pada 6 June 2011 oleh Majlis Syiah Malaysia.. mereka mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 200,000 hingga ke 300,000 pengikut di negara ini.

Syiah menurut memorandum tersebut telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia sejak dari tahun 1984 lagi.

Ni sebahagian dari memorandum tersebut..

5. Mazhab Syiah juga telah dituduh sebagai “Bahaya” oleh JAKIM dan JAIS, dan perkara ini bertentangan dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu YB Dato` Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bahawa, “Syiah tidak ancam negara” dan “gerakan Syiah tidak menjejaskan sama sekali keselamatan Negara” (Lampiran 2). 
6. Kenyataan KDN ini benar-benar terbukti jika dinilai sejak dari tahun 1984 yang mana Syiah telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia. Umat Islam Syiah di Malaysia belum pernah direkodkan membunuh atau menyerang masyarakat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Bahkan, Syiah sebuah mazhab yang mengutamakan kedamaian dan persaudaraan sesama Islam. Umat Islam Syiah sentiasa memandang positif dan menyambut seruan kerajaan Malaysia yang mahukan kemajuan dan perpaduan sesama rakyat (1Malaysia). Hidup 1Malaysia!! 
Umat Islam Syiah di Malaysia sentiasa mengimbangi dalam arena politik Malaysia. Dari sudut ekonomi, umat Islam Syiah di Malaysia tidak pernah ketinggalan ke belakang. Bahkan, mereka sentiasa berada di hadapan memacu ekonomi rakyat Malaysia tanpa mengira aliran pemikiran mazhab dan agama juga membantu Dasar Ekonomi Baru. 
Manakala dari sudut pendidikan, umat Islam Syiah di Malaysia juga telah bersama-sama mengambil bahagian memajukan diri mereka dan menaik-taraf pada setiap sudut bidang hingga mengatasi cendekiawan dunia antarabangsa, dan ini bertepatan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diseru oleh pihak kerajaan Malaysia. 
Inilah juga ajaran dan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan Ahlul Bait yang dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Islam Syiah di Malaysia dan di seluruh dunia sejak dulu sehingga kini. 
Seandainya ketulusan kami patik bermazhab Syiah di Malaysia ini diragui, kami, patik bermazhab Syiah rela dan sanggup untuk bersumpah laknat diri (mubahalah) sebagai bukti bahawa Kami sanggup berkorban demi kebenaran dan cinta kami kepada Agong kami, Sultan-sultan (Raja &Yam Tuan Besar) kami, Perdana Menteri kami, pemimpin-pemimpin kami, saudara-saudara kami dan negara kami Malaysia. Ini janji kami dan ini juga SUMPAH kami.

Memorandum sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dari apa yang ditulis oleh Setiausaha Agung Majlis Syiah Malaysia, Mohd Haidar bin Mohd Hashim di atas itu jelas pihak mana yang disokongnya..

Namun begitu sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak.. akhirnya PAS dipersalahkan dalam hal ini...

PAS punca Syiah tersebar ke Malaysia, kata bekas Naib Presiden  
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa pemimpin PAS menjadi penyebab utama fahaman Syiah mula tersebar ke negara ini apabila ada ahli parti itu yang menghantar anak mereka mendalami mazhab Syiah di Iran selepas Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatollah Ruhullah Khomeini menang pada 1979.  
Nakhaie berkata, anak mereka menuntut di Qom - pusat pengajian Syiah terulung dan terbesar dunia - dan kemudiannya membawa pulang fahaman berkenaan ke negara ini lalu menyebarkannya.  
"Ini berlaku semasa saya masih di dalam PAS sebagai Naib Presiden, dan sekarang, gerakan menyebarkan ajaran ini lebih agresif daripada dahulu," katanya.  
Beberapa pemimpin PAS sebelum ini didakwa mengamalkan fahaman Syiah, namun kenyataan itu menimbulkan bantahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Putrajaya sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai isu politik.  
“Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi mahu jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tidak tahu hala bincang mengenai mazhab ini,” kata Abdul Hadi sebelum ini.  
Nakhaie berkata, tidak hairan sekiranya terdapat pemimpin PAS yang begitu taksub dengan Syiah sehingga menggelar pemimpin parti sebagai lembu ekoran lambat bertindak dalam satu-satu perkara.

Abdul Hadi bagaimanapun sebelum ini berkata, jalan terbaik bagi mencari penyelesaian dalam menangani isu kontroversi Syiah perlu kepada perbincangan tertutup secara akademik dan ilmuan.  
“Jadi hendak bincang hal Syiah kena ada orang akademik, perbincangan dalaman dan kerajaan mesti bertindak secara ilmu dan bukan bertindak untuk jadikan isu politik,” katanya ~ The Malaysian Insider

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417