Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Rafizi memang budak bodoh kata Nazri Aziz..

$
0
0

Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

“Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.

“Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini lapor Selangorku

Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Chik menyambut baik gesaan Rafizi Ramli agar jemaah menteri membayar petrol menggunakan wang sendiri tapi dengan syarat kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga melaksanakan gesaan itu.

"Saya terbuka dgn cadangan sebegini ... dia (Rafizi) pun boleh buat di peringkat negeri.

"Untuk kegunaan peribadi saya sendiri tiada masalah, dan saya boleh berkongsi pandangan ini dengan kawan-kawan (Kabinet) saya yang lain," kata Ahmad Shabery.

"Kami akan timbang jika ianya kegunaan peribadi, kalau kegunaan kerajaan jadi dalam perkara ini tiada masalah," kata Ahmad Shabery.

Tapi bila gesaan Rafizi itu dikemukakan oleh wartawan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. beliau menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak sebagai "cadangan bodoh".

"Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup.

"Saya nak suruh dia beritahu menteri besar dia dan exco-exconya, ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Kelantan supaya bayar duit sendiri juga," katanya selepas satu sidang media petang tadi.

Menurutnya, negeri-negeri Pakatan perlu melaksanakan cadangan itu dahulu memandangkan ia datang daripada Pakatan Rakyat sendiri.

"Mulalah dahulu, kita tak cadang, sebab kita ini berkhidmat kepada rakyat," katanya ~ Malaysiakini

Hadoiiii macam ni punya orangpun Najib boleh lantik jadi Menteri..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417