Polis Perak mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, Silibin, di sini pagi semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan iaitu 36, 04 dan 08 yang berebut kawasan.
"Pergaduhan juga dipercayai berebut kawasan pengedaran dadah," katanya. Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, mangsa S Jambu Keshan, 39, maut ditembak tiga das tembakan pada jarak dekat ~ Berita Harian
Laporan sebelum ini..
IPOH - Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di sini pagi tadi.
Mangsa, S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan. - Bernama\