Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Air Asia hidang babi.. Fitnah bekas Menteri dari UMNO rupanya...

$
0
0

Kalau dah terdesak sangat nak membantu menjayakan kempen boikot Air Asia yang tak akan berjaya oleh macai-macai UMNO tu.. janganlah sampai sebar fitnah..

Suatu ketika yang lalu dalam satu artikelnya yang bertajuk “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" bekas Menteri Peneranagn dari UMNO ini telah menulis.. yang antaranya ialah..

Apa juga makanan yang mengandungi babi tidaklah seharusnya dihidangkan dalam mana-mana penerbangan Air Asia sama ada di dalam atau luar negara.

Sekalipun makanan ini hanya dihidangkan atas permintaan penumpang, tetapi tentunya akan menimbulkan rasa mual dan jijik di kalangan orang Islam yang berada di sebelah penumpang yang memakannya.

Kemungkinan perkara ini berlaku tidak dapat dinafikan lagi oleh kerana Ketua Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani adalah seorang Melayu liberal yang berpandangan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk mengikut selera masing-masing.

Maka itu Air Asia perlu menghidangkannya. Ini berbanding dengan penerbangan Mas yang mengambil perhatian terhadap sensitiviti orang Islam dalam semua penerbangannya dan mengharamkan hidangan babi.

Pengerusi Air Asia, Rafidah Aziz sendiri perlu memberikan penjelasan segera dalam perkara ini berikutan dengan timbulnya keyakinan orang ramai terhadap berlakunya perkara ini setelah mengetahui sikap dan juga tabiat luar biasa CEO Air Asia X itu.

Ianya telah tersebar luas berikutan ramai Blogger-blogger Pro UMNO yang sedang menjalankan kempen 'Boikot Air Asia' itu menyalin dan menyiarkannya dalam Blog mereka pula..

Hari ini.. selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, kononnya barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu adalah fitnah..

Ini laporannya..

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta. 
Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan. 
“AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi. 
“Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan. 
Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX. 
Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali. 
“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X. 
“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi blog Zamkata. 
Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin. 
Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut. 
“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi blognya ~ The Malaysian Insider


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417