Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

PANAS!! Satu lagi video seru menderhaka kepada Sultan tersebar!!.. Saksikan!!

$
0
0

Petang semalam satu laporan Polis telah dibuat terhadap Pendakwah Bebas Ustaz Wan Ji Wan Husein oleh seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Laporan itu dibuat oleh Muhammad Zharif Johor di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 3.55 petang mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya.

Bagaimanapun Wan Ji menafikan tuduhan oleh aktivis PPIM itu dan mendakwa kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu' - satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.

Wan Ji juga dilaporkan berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

Hari ini tersebar pula satu lagi video yang lebih jelas menghina Sultan malah individu yang dirakamkan dalam video ini telah menyeru rakyat Malaysia supaya menderhaka kepada Sultan.

Berikut adalah video tersebut..


Diharap Muhammad Zharif dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia sudilah kiranya membuat satu lagi laporan Polis terhadap individu yang bercakap dalam video diatas tu.. jangan double standard ya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417