Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid pada 23 November tahun lalu.. tapi ianya dinafikan oleh pihak NFC setelah melebihi satu bulan.. kenapa agaknya?
Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.
Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat – sepenuhnya sila baca di SINI
******************************************
NFC nafi RM250 juta diterima sebelum kontrak dimeterai
Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) menjelaskan bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007 dan sekali gus mempertikaikan dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.
"Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini menjelaskan bahawa perjanjian pinjaman antara kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd telah ditandatangani pada 6 Disember, 2007 dan bukannya pada tahun 2010 seperti yang tersilap dilaporkan oleh sesetengah pihak.
"Pengeluaran pertama wang sebanyak RM7 juta dibuat pada Januari 2008. Ini mematuhi prosedur yang betul," kata NFC dalam satu kenyataan media hari ini melalui agensi syarikat perhubungan awamnya.
"Mulai tahun ini, NFCorp akan mula membayar balik pinjamannya seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman," katanya.
November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal-siasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010.
Azmi berkata masalah lain dengan NFC yang dikesan oleh PAC, adalah termasuk pengurusan yang lemah, kelewatan dalam memberikan kelulusan dan perubahan dalam matlamat syarikat.
Malaysiakini