Aku pasti ramai yang ternanti-nanti apakah kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengenai tragedi 'Syawal Berdarah' yang telah berlaku di Mesir semalam..
Apakah beliau yang juga Presiden UMNO yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama Islam akan mengutuk tindakan kejam pihak yang merampas kuasa di Mesir atau berdiam diri sahaja..
Sebelum itu kita baca dulu sebahagian dari kenyataan Presiden PAS, TG Haji Hadi mengenai tragedi ini..
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah.
PAS menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu.
Sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Sehubungan itu, tegasnya, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana Sabtu ini.
Apa pula kata Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.
Beliau berkata, kegagalan AS dan EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka.
“Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat.
“Kegagalan mengutuk rampasan kuasa memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten apabila melibatkan negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan berorientasi politik Islam,” tulisnya.
Kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com.
Sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Malah Kerajaan Malaysia juga telah didesak oleh PKR supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim tentera Mesir sebagai bantahan terhadap pencabulan hak asasi dan kebebasan rakyat negara itu.
Berikut adalah kenyataan Najib mengenai apa yang berlaku di Mesir dipetik dari laman FaceBooknya oleh ABN News..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan bimbang dengan laporan keganasan ke atas penunjuk perasaan di Mesir.
Beliau pada masa sama meminta pihak berkuasa di negara itu supaya melaksanakan sekatan sewajarnya.
“Sebarang korban awam adalah amat dikesali.
“Kami menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha mencari penyelesaian secara aman,” katanya.
Kenyataan itu disiarkan menerusi akaun Facebook beliau kira-kira 11.40 malam ini ~ ABN News
Beliau hanya melahirkan kebimbangannya mengenai insiden ini, kenyataan pula dikeluarkan dalam FaceBook miliknya dan tiada kenyataan yang mengatakan kerajaan Malaysia mengutuk serangan ini..
Kenapa Najib langsung tak berani untuk mengutuk tindakan Tentera Mesir itu agaknya?
Dalam hal ini meskipun Malaysia adalan Negara Islam yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang berugama Islam dari Parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kelihatan selari pendiriannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU)..
Kenapa agaknya? Adakah Najib bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan terhadap ummat Islam itu?
Baca juga kutukan US terhadap Mesir di ( SINI )