Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Cina Pun Mahu Duit Zakat?.. Teresa Kok buat laporan Polis terhadap macai UMNO..

$
0
0

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat ‘diberi kepada orang Cina’.

“Saya menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam),” tegas beliau.


Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel ‘Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok’ yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada ‘orang gila’ dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.

“Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya,” katanya.

Menurut Teresa, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.

Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada ‘dihambat’ polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu ‘Azan’.

Pada 2008, Teresa Kok pernah menjadi sasaran apabila beliau difitnah pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam satu artikelnya bertajuk “Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya” yang disiarkan pada 10 September 2008.

Akibatnya, dua hari selepas tulisan itu disiarkan, Teresa Kok ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008 selama tujuh hari.

Rentetan fitnah yang berbahaya itu, Teresa telah memfailkan saman terhadap Zaini dan Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2008 dan perbicaraannya masih belum selesai.

Pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia tahun lalu, Zaini dilaporkan media mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu fakta itu boleh diputar (spin).

“Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)…Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta itu memihak kepada kita, itu okay”, kata Zaini.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, DAP acap kali menjadi sasaran fitnah pihak lawan apabila parti itu dilihat semakin diterima masyarakat Melayu di bandar dan meluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar dengan pelbagai dakwaan fitnah berbaur perkauman, sentimen keagamaan dan sebagainya.

Hakikatnya, DAP adalah sebuah parti yang jelas dalam perlembagaannya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu serta sistem demokrasi berparlimen.-Roketkini.com

Nih apa yang macai tu dah tulis..

1.Teresa Kok DAP Hasil pilihan Melayu Seputeh dan Kinrara, Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit Zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagih dan diserahkan juga kepada orang Cina kerana orang Cina di Selangor juga bayar cukai. Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah diasak oleh Teresa Kok untuk turut menyerahkan hasil kutipan itu kepadanya agar Teresa Kok dapat menyalurkan bantuan itu kepada orang Cina di Selangor.  
2.Hal ini telah menaikkan kemarahan beberapa NGO yang menggesa penduduk melayu Seputeh serta penduduk melayu Kinrara, Selangor yang mengundi DAP serta memilih Teresa Kok sebagai wakil rakyat mereka untuk tidak mencampuri urusan Agama Islam negeri Selangor.  
3.Teresa Kok DAP Hasil pilihan Melayu Seputeh dan Kinrara, Selangor sebelum ini yang mengarahkan MB Selangor Khalid Ibrahim untuk meluluskan projek ternakan babi mega terbesar di Asia bernilai RM100 juta diluluskan. Teresa Kok DAP juga telah memilih untuk membuat kandang ternakan babi ini dikawasan penduduk majoriti Melayu Selangor. Apabila ditanya mengapa kandang ternakan babi mega terbesar tidak dibuat di kawasan majoriti Cina Selangor, Teresa Kok menjawab dia takut kuman atau penyakit berbahaya disebar jika dibuat di kawasan penduduk majoriti Cina Selangor jadi dilihat sebagai kurang sesuai.  
4.Tidak lupa baru baru ini juga digemparkan bahawa Teresa Kok 100% menolak Agama Islam sebagai agam rasmi persekutuan sewaktu perbicaraan mahkahmah yang ditanya oleh Peguam Mahkahmah Dato Zaini.  
5.Sebelum ini juga Teresa Kok juga mendesak kerajaan Persekutuan untuk membuka UiTM kepada orang Cina juga dengan alasan Cina membayar cukai. Jadi hak bumiputera perlulah dikongsi bersama sama orang Cina. Teresa Kok pada masa itu turut membawa MB Khalid Ibrahim untuk membuat pengakuan bersama bahawa MB Khalid Ibrahim dari graduan UiTM juga bersetuju bahawa UiTM perlu dibuka kepada orang Cina secara penuh.  
Posted by Boikot CinaDAP at 05:20 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417