Pada mulanya ramai yang menyangka tindakan mengambil alih dan menyerahkan kepada pihak lain konsesi tapak parking teksi di hadapan Megamall Perai ini dilakukan oleh seorang YB tapi sumber yang lain mendedahkan ianya telah dilakukan oleh seorang Ahli Majlis.
Tindakannya ini telah menimbulkan suasana tegang antara Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad dan Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai.
Kemungkinan isu bangsa akan dimainkan dalam hal ini kerana majoriti ahli Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad manakala Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai pula ahlinya berbangsa India.
Sebelum ini tapak parking ini telah diuruskan oleh Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad sejak dari tahun 2003.
Tapak ini telah diserahkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai melalui prosuder yang sah.
Namun baru-baru ini ianya telah diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India oleh Ahli Majlis tersebut secara ikut suka dia melalui satu panggilan telefon..
Baca apa yang dilaporkan oleh orang kuat Guan Eng ini..
Parkir teksi Megamal Perai jadi rebutan pro Melayu, India
18 tapak parkir teksi di perkarangan Megamall Perai kini menjadi perebutan dua koperasi hatta diselubungi isu perkauman sejak malam selasa lalu.
206 ahli Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad - majoriti Melayu - mengaku bahawa tapak komersial itu diurus oleh mereka sejak tahun 2003.
Manakala, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai pula yang berjaya mengambil alih tapak komersial itu didakwa tidak mengikut prosedur.
"Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bangunkan tapak parkir itu dari tiada apa-apa pada tahun 2002 sebelum diserah kepada Koperasi," ujar salah seorang pemandu teksi di sini.
Sumber berkata, Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad mendapat hak mengurus parkir mengikut prosedur daripada MPSP, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan IPD Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).
"Melalui satu panggilan telefon seorang bergelar YB (Yang Berhormat), parkir itu boleh dirampas dan diserah kepada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai.
"Semua surat kebenaran daripada MPSP, polis, JPJ dan sebagainya tidak laku kerana tak ikut prosedur pun boleh rampas parkir," ujar beliau.
Satu sumber lain memberitahu, langkah tidak mengikut prosedur tersebut sebenarnya membabitkan Ahli Majlis MPSP 'baru', bukan YB.
"Boleh semak, dua Ahli Majlis ini ikut prosedur atau tidak," ujar sumber.
Beberapa pertubuhan berlatar belakang bangsa Melayu-India sejak lewat petang selasa mula turun dan saling meninjau kawasan parkir tersebut ~ Sumber aku dari SINI
Baru dilantik jadi Ahli Majlis dah nak buat ikut suka dia?.. bagaimana agaknya kalau dia menjadi ADUN?