Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Bagaimana mahu membeli Ayam dengan harga yang murah oleh Ismail Sabri Yaakob

$
0
0

12 Julai lalu, Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi harga oleh peruncit yang menyebabkan harga ayam naik secara mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana semakan harga di ladang oleh pihaknya menunjukkan harga tidak banyak berubah iaitu sekitar RM5 sekilogram, manakala bekalan di pasaran pula mencukupi.

"Tapi yang saya dengar harga ayam telah naik sehingga RM8.50 ke RM9 dan saya khuatir ada pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih pada RM7.80 bagi setiap kilogram.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga ayam yang dikesan berlaku secara mendadak di kebanyakan negeri dalam tempoh dua minggu ini.

Sebelum ini dilaporkan dikebanyakkan negeri harga ayam didapati jauh lebih tinggi berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram...

Kenaikan harga yang disifatkan tidak munasabah itu menyebabkan pengguna kini bimbang perlu menanggung kos lebih tinggi sepanjang Ramadan ini seterusnya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Di Kelantan, tinjauan di beberapa pasar di Kota Bharu mendapati, harga ayam mencecah RM7.50 hingga RM8 sekilogram sejak seminggu lalu berbanding sekitar RM6.50 sekilogram sebelum ini.

Di Selangor, harga ayam juga didapati meningkat sejak seminggu lalu dan dijual RM8.50 sekilogram di pasar sekitar Shah Alam berbanding RM6.50 hingga RM7 sebelum ini.

Di Perak, harga ayam meningkat 30 sen hingga 90 sen dalam tempoh kurang dua minggu sehingga mencecah RM8.50 sekilogram berbanding hanya sekitar RM7.60 hingga RM8.20 sebelum ini.

Di Pulau Pinang, harga ayam naik mendadak sehingga RM9.50 sekilogram berbanding hari-hari biasa yang dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram.

Di Johor selepas harganya di kebanyakan daerah di negeri ini dicatatkan RM8 sekilogram berbanding antara RM7.50 dan RM7.80 sebelum ini.

Di Negeri Sembilan, tinjauan di Pasar Besar Seremban mendapati, meskipun harga ayam naik dengan mendadak, orang ramai tidak mempunyai pilihan selain membelinya dengan harga yang telah ditetapkan iaitu daripada RM7.50 sekilogram kepada RM8.50 sekilogram.

Di Kedah, tinjauan di beberapa pasar Alor Setar mendapati ada dalam kalangan peniaga menjual ayam siap proses sehingga RM9 kilogram.

Di Perlis, harga ayam turut naik 20 sen hingga 30 sen dalam tempoh seminggu sebelum ini. Tinjauan mendapati, rata-rata peniaga di sekitar negeri ini menjual ayam RM8 hingga RM8.50 bagi setiap sekilogram berbanding sebelum ini antara RM6.50 dan RM7 sekilogram.

Di Melaka, harga ayam turut mengalami kenaikan mendadak mencecah RM2 berbanding harga asal RM6.50 sebelum ini.

Di Sarawak, harga ayam di negeri ini tidak mengalami sebarang perubahan mendadak seperti di Semenanjung yang mana peniaga didapati masih mengekalkan harga lama RM8.50 hingga RM9.50 sekilogram.

Ketika di sana sini kecoh tentang harga ayam yang melambung tinggi di pasaran, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan pengguna mendapatkan bekalan ayam mentah di pasar-pasar tani yang berhampiran.

Ismail Sabri menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, ayam mentah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah di pasar tani iaitu RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa.

... jadi datanglah beramai-ramai ke pasar tani. Sokong pasar tani,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan harga ayam naik mendadak di pasaran sehingga RM9 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau dakwaan harga ayam naik mendadak tanpa sebarang bukti kukuh ~ Sinar Harian

Bagaimanapun saranan oleh Menteri yang dilantik oleh Najib itu dibidas oleh ramai pembaca dan ianya disifatkan sebagai sekadar melepaskan batuk ditangga dalam menghadapi kenaikkan harga ayam itu.

Dan beliau disifatkan tidak turun padang atau langsung tak peduli malah telah dianggap mengeluarkan kenyataan secara membuta-tuli.

Ini kerana seorang pembaca telah mendakwa di Pasar Tani Kuala Terengganu harga ayam RM8.00 - RM8.80, begitu juga di pasar Tani Melawai Selangor.

Di Pasar Tani Manjung RM8.60, di pasar tani Saujana Impian RM 8.20 sekilo, di pasar tani Kemaman ayam dijual dengan harga RM8.50 sekilo.

Malah ramai yang menyifatkan harga ayam di pasar tani jauh lebih mahal dari kedai-kedai runcit biasa.

Sekaligus ianya membuktikan saranan oleh Menteri yang dilantik oleh Najib tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya auta..

Bagaimanapun menurut sumber Ahli-ahli UMNO tidak perlu bimbang dengan kenaikkan harga ayam secara mendadak ini..

Ini kerana mereka masih  boleh membeli ayam dengan harga di bawah RM6.50 dengan menunjukkan kad keahlian UMNO mereka dipasaraya dan juga dipasar-pasar..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417