Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Alvin Dan Vivian Ajak Umat Islam Bukak Puasa Dengan Sup Babi?.. Betulke?

$
0
0

Semalam, pasangan porno Alvin dan Vivian telah memuat naik sekeping gambar yang tertera ucapan  'Selamat Berbuka Puasa.. Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak dan menyelerakan' di laman FaceBook milik mereka.

Nota yang disertakan bersama gambar itu ialah "Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!"

Berikutan itu ianya menimbulkan kemarahan banyak pihak,  ini kerana apa yang kita tahu 'Bak Kut Teh' itu ialah sejenis sup babi jadi tindakan Alvin dan pasangannya itu sememangnya biadap.

Tambahan pula logo 'HALAL' diletakkan dihujung bawah kanan gambar tersebut, mereka boleh dianggap sebagai mempersenda logo itu pula..

Maka dengan itu melentinglah seorang macai UMNO tanpa usul periksa.. Tulisanya disiarkan di mynewshub

Dulu penulis tidak kisah dan rasa adalah menjadi hak Alvin dan terutama Vivian yang mempunyai kemaluan yang mampu LRT buat u-turn mensensasikan video peribadi mereka. 
Namun, kali ini mereka sudah terlalu keterlaluan. Bukan mahu memberikan publisiti murahan yang mereka mahukan itu, tetapi kalau benda ini tidak diketengahkan, penyokong DAP macam mereka berdua ini akan makin menjadi. 
Lihat gambar di atas, mereka membuat poster di mana kedua mereka sedang menikmati Bak Ku Teh (sup tulung rusuk babi) dan mengajak umat Islam berbuka puasa dengan hidangan tersebut! 
Ia dimuat naik ke laman Facebook milik mereka. Lu dua cibai betul-betul sudah over la ini kali… Siap ada logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lagi di poster mereka. 
Nampak sangat la satu pasangan Cina yang gagal menarik perhatian dan minat orang ramai dengan bakat tidak seberapa mereka apabila turut meletakan alamat saluran tv online mereka pada banner itu! 
Berharaplah orang akan menonton beramai-ramai nanti. Bangsat dua ni pastinya faham, babi adalah sesuatu yang sangat taboo atau buruk di jiwa dan akidah orang Islam….namun, disebabkan terdesak mahukan perhatian…mereka sanggup menghina orang Islam begitu sekali! 
Penulis perlu menekankan perkataan Cina kerana mereka sengaja membawa unsur babi dalam kepercayaan masyarakat Islam… mereka faham siapa mereka dan apa yang mereka sedang buat. 
Selepas aksi buat projek dan buah dada kecik tak laku…terpaksa menghina agama orang untuk popular ~ AK47

Perenggan terakhirnya penulis tersebut menyalahkan seluruh komuniti Cina pula sedangkan apa yang dilakukan oleh pasangan itu juga tidak dipersetujui oleh masyarakat Cina..

Sebenarnya, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu membuktikan undi Cina bukanlah penting sangat (tanpa undi mereka BN tetap bentuk kerajaan), jadi tak perlu sangat nak jaga hati masyarakat itu sekarang… jadi sumbat aje kedua pelakon porno yang gagal itu ke penjara … atas kesalahan menghina kepercayaan dan agama rasmi negara ini…atau apa-apa yang sesuai…  
Tak perlu risau apa-apa atau terlalu berlembut…. 

Bukan aku nak pertahan tindakan pasangan itu.. tetapi dalam menjalani ibadat puasa ini kita digalakkan agar banyak bersabar, jangan cepat melenting tak tentu hala..

Tambahan pula hanya berasaskan pengetahuan kita yang dangkal kita menganggap apa yang dilakukan oleh orang lain itu salah.. sedangkan ianya tidak..

Penulis yang menggunakan nama AK-47 mendakwa Bak Kut Teh yang dipromosikan oleh pasangan tersebut adalah sup tulung rusuk babi yang haram.. macam mana dia yakin entahlah..

Bagaimana pula jika 'Bak Kut Teh' yang dipromosikan itu halal?

Apa yang perlu kita tahu dalam hal ini ialah.. Tidak ada 'Bak Kut Teh' yang disahkan halal sebelum tahun 2009 tetapi pada Disember 2009 ianya telah diperkenalkan di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

Ini laporan dari Bernama..

Bah kut teh halal di expo makanan 
Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini. 
Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di Kuala Lumpur, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia. 
"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. 
Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417