Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Dah agakdah! Mesti jadi kontroversi punyalah lantikan Ahli Majlis MPPP ni..

$
0
0

Sepertimana yang telah dijangkakan, iaitu kontroversi pasti melanda lantikan Ahli Majlis paling muda dalam sejarah MPPP ini.. ianya benar-benar terjadi..

Blogger-blogger dan juga pemimpin MCA serta Gerakan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan lantikan Nur Fitriah Abdul Halim, 26 daripada DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam.

Laporan dari mStar menyatakan..

GEORGE TOWN: Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli majlis perbandaran, yang dilihat tanpa melalui proses sepatutnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) P.Pinang.  
Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.  
Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula. 
Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.  
Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau.  
Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu. 
Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.  
"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya. 
Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas ~ mStar

Aku lebih tertarik dengan ulasan atau persoalan yang Blogger Sejarah Melayu bangkitkan ini..

Isu pelantikan anak bekas Speaker DUN P.Pinang Datuk Abd Halim Hussein , Nur Fitriah berusia 26 tahun begitu panas dipertikaikan . 
Jika Anwar sibuk mempertikaikan pelantikan bekas Menteri dilantik kerajaan sebagai Penasihat , ramai mempersoal kelayakan wanita muda ini oleh kerajaan DAP . 
Alasan mereka untuk memenuhi kuota Melayu dalam ahli majlis MPPP. 
Apa yang GPB boleh katakan tentang pelantikan ini adalah bersifat KRONI oleh kerajaan DAP . 
Ia bukan soal memenuhi kuota Melayu tapi lebih kepada mengagih jawatan kepada kroni bagi memenuhi permintaan pihak tertentu. 
Dikhabarkan pemilihan Nur Fitriah disebabkan campur tangan bapanya Datuk Abd Halim Hussein yang tidak berpuas hati tidak disambung jawatannya Speaker DUN di penggal baru selepas PRU13. 
Mungkin desakan Halim yang tidak disambung jawatan Speaker , maka legasinya perlu diberi jawatan dalam kerajaan negeri . 
Kesimpulannya , kerajaan DAP sibuk mengata BN tentang isu KRONI tetapi ternyata mereka lagi teruk !!

Aku tak kisah jika lantikan oleh DAP ini dipertikaikan oleh MCA dan Gerakan.. tapi hairan juga aku bila DAP melantik bangsa Melayu menjadi Ahli Majlis, puak-puak yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama pula mempertikaikannya..

Tak nampakkah mereka nama yang dilantik oleh DAP ini ialah Nur Fitriah Abdul Halim, berumur 26 tahun, berbangsa Melayu..

Kan dah cukup kriteria untuk diperjuangkan korang.. Anak Melayu bergama Islam tu.. jadi tak payah nak pertikaikan lah.. Asalkan Melayu.. tak apa.. biarpun ada budaya kronisma... he..he..he..

Cuma aku persoalkan kenapa Datuk Abdul Halim Hussein itu yang merupakan Ahli PKR membiarkan anaknya menyertai DAP dikala PKR sedang menggiatkan usaha menambah Ahli?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417