Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

17 peserta 'flashmob' termasuk seorang kanak-kanak 10 tahun ditahan .. (Video Inside)

$
0
0

Seramai 17 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi.

Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.


Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan.



Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.


Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada 14 orang yang ditangkap.


Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis ~ Malaysiakini

Sementara itu Edy Noor Reduan ‏@edyesdotcom telah menulis dilaman Twitter miliknya " Saya bersama 14 yg lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turun ditahan. Hidup Rakyat! Moga temu kembali di #KL622

Kanak-kanak 10 tahun, Akmal Fizani turut ditahan




Dah menangpun Barisan Nasional masih takut lagi... Kalau bukan kerana menipu untuk menang kenapa takut?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417