Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Lengan tak bergerak dikesan, pampasan RM10,000 kepada mangsa runtuhan (Gambar)

$
0
0

Sebuah peralatan kamera pencari yang digunakan dalam kerja-kerja pencarian dapat mengesan satu lengan yang tidak bergerak di dalam sebuah kereta yang remuk ditimpa runtuhan konkrit dan keluli di dalam kejadian runtuhan struktur penyambung Jabatan Kedua Pulau Pinang berhampiran Batu Maung di Lebuhraya Tun Dr. Lum Chong Eu petang semalam.

Penyelamat turut menemui sebahagian daripada nombor plat kereta berkenaan dengan nombor "437" dari dalam runtuhan tersebut. Pihak polis percaya ia adalah tiga digit pertama nombor plat kenderaan berkenaan.

Dan pihak Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, akan membayar pampasan RM10,000 kepada setiap orang awam yang menjadi mangsa kejadian runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan itu..


Ini laporan mengenai mangsa yang dikesan itu..

GEORGE TOWN: A search camera has detected an unmoving arm in the car lying crushed under tons of concrete and steel after an uncompleted ramp of a flyover connecting the still-under-construction second Penang bridge at Batu Maung collapsed Thursday night.

Rescuers have found part of a number plate with the number "437" from the rubble. Police believe it is the first three digit of a number plate.

State deputy police chief SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar said Friday that a search camera was used and rescuers caught a glimpse of a victim's arm but no movement or response detected.

"We can't ascertain how many victims are there but there's at least one detected. "It was in a green Perodua Kelisa," he said.

SAC Abdul Rahim said police could not identify the victim and urged anyone with family members missing since Thursday night to approach the police.

Rescue work has been ongoing for more than 14 hours. "Hundreds of tonnes of concrete and steel collapsed and we need to depend on heavy machinery to aid in clearing work.. full report read HERE

Dan ini pula laporan mengenai pampasan yang akan dibayar..

GEORGETOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, akan membayar pampasan RM10,000 kepada setiap orang awam yang menjadi mangsa kejadian runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan itu di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini malam tadi.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Dr Ismail Mohamad Taib berkata kejadian runtuhan itu di luar jangkaan syarikat kerana projek itu telah melalui tiga fasa dan tidak pernah mengalami sebarang masalah.

Katanya sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian dan jika jawatankuasa itu dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh kurang dari sebulan, ia tidak akan menjejaskan tempoh siap jambatan berkenaan.

"Kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang semalam apabila dua bahagian konkrit, 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut, runtuh," katanya.. laporan penuh sila baca di SINI
Sedikit gambar dari The Star untuk dikongsi bersama..


Laporan sebelum ini sila lihat di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417