31 Mei lalu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan jumlah dimenangi oleh pakatan pembangkang.
Menurutnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.
Selain itu katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, iaitu daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi.
Bagaimanapun Tun Mahathir yang berada di Yogyakarta kerana memberi syarahan umum mengenai "Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik" sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) menafikan dakwaan Najib itu..
Katanya..
"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.Perkara ini telah dilaporkan oleh Bernama di SINI
"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr Mahathir.
Penafian itu secara tidak langsung menjadikan Najib 'Syok Sendiri'... Manakala ayat Mahathir yang mengatakan bahawa "Kalau mereka (Pakatan Rakyat) mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk." adalah tidak rasional sama sekali..
Ini kerana dibeberapa buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat nasib Melayu telah terbukti tidak menjadi lebih buruk tetapi nasib kroni-kroni UMNO yang selama ini bergantung harap melalui tender-tender projek tanpa tender terbuka tetapi kabel sememangnya menjadi lebih buruk..
Itu nasib kroni-kroni UMNO yang tak boleh berdiri dengan kaki sendiri tetapi ianya berbeza dengan kroni UMNO yang mampu bersaing dan berdiri dengan kaki sendiri..
Ianya juga membuktikan Melayu tidak takut untuk menukar kerajaan tetapi yang takut dalam hal ini ialah Melayu yang menjadi Kroni UMNO!!