Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Tiada salah guna wang zakat - Mufti Wilayah Persekutuan

$
0
0

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Demi Jamil Khir mereka cuba memutar belit lagi..

Pada permulaan isu ini didedahkan Jamil Khir dan juga MAIWP telah menafikan ada menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman membantah permohonan qazaf terhadap Saiful.

Bagaimanapun penafian tersebut amat jelas bercanggah dengan kenyataan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan juga jawapan rasmi Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC)..

Kini muncul pula Mufti Mufti Wilayah Persekutuan, mengakui MAIWP ada menggunakan wang zakat tetapi katanya, ia urusan guaman MAIWP dan mengikut hukum syarak serta selaras dengan undang-undang.

Timbul pula persoalan disini.. Apakah menghalang atau menentang perlaksanaan hukum Allah itu dibenarkan oleh syarak?

Sedangkan fisabilillah ialah berjuang menegakkan hukum Allah..

Biarpun tafsiran bagi fisabilillah itu adalah luas.. ADAKAH MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK MENENTANG PERLAKSANAAN HUKUM ALLAH ITU FISABILILLAH?

Kerana mahu mempertahankan Jamil Khir yang namanya terpampang dalam dokumen dari Ketua Audit Negara itu, mereka sanggup memutar belit hukum Allah..


*******************************************

Tiada salah guna wang zakat


KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Kosmo! Online

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417