Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Ooo.. patutlah wakil Dewan Pemuda PAS tiba-tiba muncul waktu Adam Adli dibebaskan..

$
0
0

Rentetan dari pembebasan Adam tu, dua gambar keping gambar di atas dan juga di bawah bawah ni cukup hangat kat facebook.

Mungkin bagi sesetengah orang gambar ni biasa ja, tapi bagi sesetengah golongan terutama sekali dikalangan yang berkampung di depan Balai Polis Jenjang ramai yang tak puas hati.


Malah ada yang sampai gelar depa dua ni sebagai oppertunis, parasit, hipokrit dan talam dua muka. Depa tak puas hati pasai masa Adam Adli ditahan reman 5 hari langsung tak nampak muka tapi bila Adam dibebaskan depa berdua ni sambut depan mahkamah, siap buat PC lagi.

Dari satu sudut memang ada kebenarannya tapi dari sudut lain aku nampak kebijakan politik depa berdua ni.

Nak salahkan depa berdua ni pun rasanya tak berapa nak kena, pasainya depa dua ni kalau hadir apa-apa acara bukan takat bawak batang tubuh depa tapi bawa juga nama Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Raja Iskandar adalah Naib Ketua manakala Khairil Faizi adalah setiausaha.

Depa berdua tak pi pun takpa pasai ada lagi 2 orang kat atas depa yang lebih mewakili, Ketua Pemuda dan Timbalan ketua Pemuda.

Lain la kalau depa berdua diarahkan untuk pi. Ada kemungkinan jugak depa berdua diarahkan untuk hadirkan diri lepas teruk Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua kena belasah kata DPPM langsung tak peduli.

Tapi aku dok rasa bukan macam tu, depa berdua tu pi atas inisiatif depa sendiri demi untuk jaga nama baik DPPM, Pemuda PAS tetap ada pi jugak walaupun agak terlambat.

Disamping tu ada jugak kemungkinannya depa pi tu untuk menonjolkan nama depa, biasa la, muktamar dah semakin dekat dan tahun ni tahun pemilihan.

Apa pun, pada aku, walaupun aksi depa memang boleh dikategorikan sebagai 'publicity whore' tapi aku tetap sokong kalau depa berani mencalonkan nama depa untuk jawatan nombor satu dan dua dalam pemilihan pimpinan DPPM tahun ni.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417