Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Ustaz Kazim buat lawak ke ni?

$
0
0

Cerita Ustaz UMNO nak berhenti ceramah ni rasanya aku dah dengar satu atau dua tahun lalu.. dah banyak kali dah dia kata nak berhenti dari memberikan ceramah, tapi tak berhenti jugak..

Kali ni dia kata nak berhenti ceramah sekali lagi dengan alasan kononnya sejak di memberikan ceramah berbagai ugutan yang dia terima

Katanya “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Yang lawaknya ialah kata dia.. dia menerima ugutan bunuh.. walaupun dah menerima ugutan bunuh tiada laporan Polis yang dibuatnya malah dia nak tunggu hingga bulan November ini untuk berhenti ceramah..


Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak. 

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka ~ Harian Metro

Hmmm... masuk akal ke cerita dia ni?.. nampak macam cari publisiti murahan saja...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles