Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Jika beginilah caranya Mukhriz.. Mampukah PAS merampas kembali Kedah?

$
0
0

Selain dari keperibadiannya yang terserlah berbeza dengan bapanya Tun Mahathir ini, Mukhriz juga menurut seorang sahabat sanggup membayar RM4.5 Juta untuk meredakan kemarahan penduduk..

Beliau dilaporkan telah membeli semula sebidang tanah yang hendak dijadikan tanah perkuburan Cina di negeri Kedah.

Menurut penduduk disitu tentangan terhadap cadangan tersebut telah lama dikemukakan tetapi tiada siapa memperdulikannya.. dan mereka juga mempersoalkan bagaimana tanah milik kerajaan negeri itu boleh dimiliki oleh Persatuan Tiong Hua..

Penduduk juga mempersoalkan bagaimana cadangan persatuan tersebut untuk menjadikan tanah itu sebagai tanah perkuburan Cina mendapat kelulusan tanpa mengambil kira majoriti kaum atau bangsa yang berada disekeliling kawasan itu...

Jika Mukhriz berterusan begini, sanggup menghabiskan duitnya demi rakyat dan mempamirkan akhlak seperti di bawah.. Mampukah PAS/PR menawan kembali Kedah?


Semalam di masjid Zahir Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin berjemaah bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mukhriz anak Mahathir ini kadang kala mengimami solat. Ada kala bersama dengan jamaah masjid. Ada sikit kelainan dengan bapak dia!!

Saya bukan nak puji Mukhriz, pasal dia pun ada kaitan dengan syarikat arak. Saya tunjukkan beberapa gambar daripada banyak gambar di atas ada dua sebab:-

1. PAS - UMNO 'bergaduh' untuk berebut memerintah bukan kerana nak tunjukkan siapa boleh bagi air subsidi paling banyak. Atau siapa yang boleh bagi rakyat senang. Tapi soal Islam dan negara Islam. kalau PAS memerintah sama dengan UMNO, arak di Langkawi pun macam biasa aje... rasanya kalau Mukhriz tukar songkok hitam tinggi kepada lebai (kupiah) UMNO akan lebih disenangi oleh rakyat!!


2. Mukhriz boleh doakan kesejahteraan Ustaz Azizan.. Mukhriz tu siapa? Ada syarikat terbabit dengan arak... Tapi ada kepimpinan PAS yang sama-sama makan setalam.. qiamullail dan solat hajat bersama. Tamrin dan Usrah... tak payah cakap nak kata 1000 x saya rasa lebih..

Tapi bila 'bergaduh' pasal uslud, kaedah dan cara pentadbiran sampai sekarang Tak ada hajat nak jenguk si Ustaz Azizan. Kalau mati pun saya rasa nak lalu sebelah kubur pun tak mahu!!

Kalau macam ni sikap kepimpinan.. PAS mungkin 10 atau 20 tahun lagi baru boleh ambil alih. Itu pun belum tentu kerana mungkin belum mati lagi spesis yang 'menanam titik hitam' dalam perjuangan Islam. ~ Addin

Hmmm.. mungkin ada kebenarannya cerita SetPol Ustaz Azizan yang mengatakan Ustaz Azizan berasa lega sebab PAS kalah di Kedah... baca di ( SINI )

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417