Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Lebih dari 50,000 hadir di Han Chiang dan 10,000 di Permatang Pauh.. Gambar menjadi bukti..

$
0
0

Menurut pihak penganjur, padang Sekolah Han Chiang ini mempunyai kapasiti 60,000 orang, bagaimanapun selain padang yang dipenuhi jalan Air Itam dan lain-lain jalan yang mengelilingi padang tersebut turut dipenuhi.

Oleh itu pihak penganjur menganggarkan kira-kira 70,000 orang telah hadir...


Ini sebahagian dari laporan dari The Malaysian Insider..

Setiap inci padang dipenuhi oleh penyokong PR ketika Kit Siang menutup perhimpunan selama lima jam itu dengan menggesa rakyat Malaysia bangkit terhadap apa yang beliau gelar “mimpi besar Malaysia.”

“Mari kita dalam pilihan raya ini untuk bangkit dan berani bermimpi, mimpi besar tentang Malaysia yang adil, pentadbiran baik, kebebasan dan dimana semua daripada kita dianggap sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudiannya,” kata beliau kepada penyokong.

Dengan hon ditiupkan dan jeritan kuat “Ubah” – slogan DAP untuk Pilihan Raya 2013 - orang ramai tenggelam dengan pelbagai ucapan menentang Barisan Nasional (BN).


Dengan pemimpin tertinggi PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng turut berucap, sorakkan paling kuat diberikan kepada Kit Siang yang berumur 72 tahun – bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor.

“Jika kita mahu selesaikan urusan belum selesai tsunami politik 2008, ia mesti dari selatan. Sebab itu saya kembali ke Johor,” kata Kit Siang yang dilahirkan di Batu Pahat.

“Saya menang di Ipoh Timur pada ketika itu dengan majoriti melebihi 21,000 undi tetapi Gelang Patah adalah kubu kuat BN yang mereka menang dengan hampir 9,000 undi pada 2008 dan 31,666 undi pada 2004. Ia adalah risiko besar untuk saya.”

Kempen Kit Siang telah diterima dengan baik oleh kebanyakkan pengundi Cina di Gelang Patah akan tetapi beliau berhadapan dengan serangan kritikan dari pemimpin BN seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak.

Umno telah menuduh Kit Siang sebagai rasis dengan Dr Mahathir memberikan amaran akan berlaku konfrontasi diantara Melayu dan Cina jika Kit Siang menang di Johor.

Hampir separuh pengundi di Gelang Patah adalah Cina dengan Melayu mempunyai angka yang signifikan selebihnya.

Guan Eng yang bercakap sebelum membiarkan ayahnya mengambil alih pentas, turut menerima sambutan hangat daripada penyokong DAP.

“Dr Mahathir pernah berkata Pulau Pinang adalah negeri kotor. Kita ingat Pulau Pinang tidak boleh jadi bersih.

“Tetapi kita tahu selepas 2008, ianya bukan salah rakyat tetapi salah kerajaan BN.”

Selepas permulaan yang agak perlahan minggu lepas, pemimpin PR merancang beberapa siri perhimpunan raksasa bermula dengan acara di Han Chiang malam tadi.

Malam tadi, DAP turut mengumumkan mereka telah mengutip RM236,851 derma tunai dari hadirin.

Sementara itu ceramah perdana 'Pakatan Harapan Rakyat' yang diakadan di Tapak Pasar Malam Ampang Jajar, Permatang Pauh yang turut menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan lebih dari 10,000 orang yang hadir..


Lagi gambar-gambar sekitar ceramah sila lihat di ( SINI )

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417