Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Perebutan kerusi antara PKR dan PAS berakhir.. dan masalah inipun bermula..

$
0
0

PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan dalam mesyuarat hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

Menurut sumber Harakahdaily, di DUN Panti, Johor kekeliruan berlaku apabila calon PKR lambat sangat menghantar borang pencalonan.

Bimbang ia jatuh secara percuma kepada BN, PAS mendaftarkan calon mereka. Di tiga DUN di Terengganu pula berlaku pertikaian tentang calon yang lambat dikemukakan.

Di DUN Kota Damansara pula, berlaku pertikaian apakah calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai pilihan raya ini dengan logo PSM.

Ini kerana, mereka datang ke pusat penamaan calon dengan menggunakan logo itu bukannya logo PKR. Kerusi DUN Sungai Aceh pula dituntut oleh PAS dari PKR sejak sekian lama manakala Parlimen Labuan pula dituntut oleh PKR dari PAS.

Dengan penyelesaian bermakna semua kerusi yang betindih sudah selesai dan fokus sekarang adalah untuk menjatuhkan lawan Pakatan Rakyat iatu Barisan Nasional ~ Harakahdaily

Alhamdulillah...


Ekoran dari penyelesaian itu.. SPR pun mengumumkan bahawa sebarang penarik diri dari pencalonan tidak dibenarkan dan nama-nama calon tetap akan terpampang pada kertas undi..
Candidates whose nominations have been finalised can no longer withdraw from contesting in the 13th general election.

Election Commission (EC) deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar said that a provision in law to allow for such withdrawals has been abolished.

"We no longer have that provision under Election Regulations 1981. Anyone who has been nominated, they will appear on the ballot papers and people will be allowed to vote for them," he said during a press conference in Putrajaya today ~ Malaysiakini

Maka dengan itu masalahpun bermula buat semua tempat yang punya pertindihan tuntutan sebelum ini... iaitu para pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat akan keliru jika maklumat sebenar tidak sampai kepada mereka..

Oleh itu bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, semua unit Penerangan yang terdapat dalam PKR dan juga PAS perlu turun kepadang menjelaskan dari rumah-ke rumah lambang mana satukah yang patut dipangkah..

Atau tunggu di tempat-tempat mengundi untuk menjelaskan kepada pengundi-pengundi..

Jika ini tidak dilakukan.. kekalahan pasti berlaku kerana pengundi telah keliru..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417