Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Zulkifli Noordin calon BN Shah Alam bukti UMNO ketandusan pemimpin..

$
0
0

Pengumuman Najib yang meletakkan Zulkifli Noordin sebagai Calon bagi Barisan Nasional di Parlimen Shah Alam selain dari membuktikan bahawa UMNO sememangnya kurang calon yang sesuai untuk diketengahkan..

Ini kerana akibat dari hanya orang-orang yang bodoh kini mahu bersama UMNO, Presiden UMNO terpaksa mengutip calon yang dipecat dari PKR untuk dicalonkan mereka.

Selain itu ianya juga membuktikan bahawa adalah benar Mahathir yang menentukan senarai akhir calon-calon BN bukannya Rosmah atau Najib.

Perkara ini telah dinyatakan sebelum ini oleh seorang pemimpin UMNO yang masih gila nak bertanding di sini beberapa hari yang lalu..

Beliau telah bertemu dengan Najib sebanyak tiga kali untuk meminta agar namanya dikekalkan sebagai calon, namun gagal..

Dan kali keempat beliau telah terbang ke Kuala Lumpur untuk bertemu Mahathir pula.. bila di tanya kenapa perlu bertemu Mahathir?.. jawabnya Mahathir yang tentukan.. bukannya Najib.

Naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.

Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini ~ Malaysiakini

Ucapan penghargaan dari Zulkifli Noordin buat seluruh masyarakat India sila lihat di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417