Ada macai UMNO yang mempersoalkan apakah yang PAS akan dapat jika benar dakwaan bahawa seorang Bekas Menteri Besar dari Utara Semenanjung akan menyertai PAS?
Ini bukan soal apa yang PAS dapat.. tetapi ianya adalah persoalan apa yang UMNO hilang..
Apa yang PAS dapat ialah kepercayaan dari seorang bekas pemimpin tertinggi UMNO yang telah lama menjadi pemimpin di dalam UMNO dan sekaligus kepercayaannya terhadap UMNO telah hilang.
Jika seorang pemimpin yang begitu lama menjadi pemimpin hilang kepercayaannya terhadap UMNO berikutan budaya cantas mencantas yang berleluasa..
Macai UMNO mengharapkan apa dalam UMNO?
Kalau setakat mengharapkan upah RM30 untuk melakukan kerja-kerja kotor buat pemimpin bawahan UMNO.. baik tak payah lah...
Buang masa.. buang tenaga dan memalukan anak cucu saja..
Bekas MB bakal sertai Pas dari utara?
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar - dari utara Semenanjung, akan menyertai parti itu dalam masa terdekat ini.
Salahuddin berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut. "Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai Pas.
"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Menurut Salahuddin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.
"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam Pas dalam masa terdekat ini," katanya. Harakahdaily difahamkan, bekas menteri besar berkenaan adalah dari negeri utara Semenanjung.
Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas-mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.
Kelmarin, Sinar Harian membawa laporan seorang bekas menteri besar akan menyertai parti itu. Laporan itu berkata kemungkinan pemimpin itu dari Selangor atau Perak ~ Sinar Harian