Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Macai UMNO Kantoi lagi!! Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS..

$
0
0

Semalam sekali lagi macai-macai UMNO melalui Blog-blog mereka riuh rendah menyebarkan fitnah kononnya Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali  mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta.

Tindakan ini kononnya menurut macai UMNO dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah ( Timur Tengah pulak dah.. mula-mula depa kata dari Indonesia) di salah sebuah hotel di ibu kota.

Lapor macai-macai UMNO lagi "Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya".

Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.

"Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama

Kantoi lagi....

Sebelum ini cubaan macai-macai UMNO untuk melagakan antara PAS dan PKR telah dikantoikan oleh pihak Polis sendiri.. baca di SINI.

Kesian aku tengok macai-macai UMNO ni.. hidup dengan dengan mencari rezeki melalui menyebar fitnah.. kalau bukan Islam aku tak kisah.. tapi kalau yang menyebarkan fitnah itu beragama Islam.. mati nanti kemana agaknya dia...

Dalam hal ini aku nampak.. Orang Gila itu lebih terpuji akhlaknya dari macai-macai UMNO yang kerjanya menyebar fitnah ni..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles