Laksana lalang yang condongnya berubah mengikut hala tiupan angin, itulah perumpamaan yang sesuai bagi pendirian anak lelaki Mahathir ini.
Jika dulu, bila Rafizi Ramli memperkenalkan agenda untuk menurunkan harga kereta, langkah beliau itu telah dikritik oleh kebanyakkan pemimpin UMNO dengan berbagai kritikan..
Antaranya sila lihat pada image di ( SINI )
Tetapi apabila Najib menciplak agenda tersebut dan memasukkannya ke dalam Manifesto BN untuk PRU13 ini.. mereka yang dulunya menolak dengan berbagai alasan menyokongnya pula..
Hanya kerana untuk membodek Najib mereka menjilat kembali apa yang mereka telah ludah dulu..
Dalam hal ini anak Mahathir yang dulunya mendakwa agenda yang diperkenalkan oleh Rafizi itu sebagai mengelirukan mendakwa BN mampu menunaikannya..
Faham betul-betul apa maksud ayatnya ini..
"Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan, " kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Maksud ayatnya ini ialah, BN akan turunkan harga kereta sekiranya Rakyat memberi mandat sekali lagi kepada BN.
Persoalannya ialah kenapa perlu dijadikan perkara ini sebagai manifesto sedangkan ketika Rafizi memperkenalkannya dulu, UMNO/BN sedang berkuasa?
Sepatutnya mereka melaksanakan perkara tersebut bukannya memperlekehkannya ketika itu..
Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di Kuala Lumpur semalam.
Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti. - Bernama
Apa yang jelas disini ialah.. selain dari budaya bodek.. dalam UMNO hanya ada manusia yang perlu dipimpin untuk menjadi pemimpin.. bukannya pemimpin yang memimpin..
Adakah kita perlukan pemimpin yang dipimpin untuk menjadi pemimpin? atau kita perlu pemimpin yang punya kemampuan untuk memimpin?