KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini menunjukkan bukti persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, sendiri.

Bercakap kepada kepada wartawan dalam satu sidang media, beliau berkata pihak polis menolak dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sekeras-kerasnya berikutan kenyataannya yang menolak 10 syarat yang dikemukakan polis terhadap PKR.
Zakaria juga menolak dakwaan Azmin dan berkata Shamsul Iskandar Md Akin telah diberikan penerangan sewajarnya hampir 20 minit dan faham serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Malah Shamsul telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan.
Dalam sidang media tersebut, beliau telah menunjukkan setiap butiran, bukti bergambar dan dokumen yang telah dipersetujui sebagai tanda kebenaran dan ketelusan pihak polis.
Sebelum itu, Azmin menafikan PKR bersetuju dengan 10 syarat yang dikemukakan oleh pihak polis dalam menganjurkan Perhimpunan 901.


KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
SEBAGAI salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.
Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja. r
Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.
Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN.
Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis.
KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara.
N SURENDRAN
Naib Presiden KEADILAN
Kenapa Surendran yang jawab?? mana Shamsul Iskandar?