Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Video Samseng UMNO ganggu ceramah Anwar Ibrahim di Johor guna Pembesar Suara tersebar!! Saksikan!!

$
0
0

Insiden kekacauan yang tercetus di Majidee Baru,Johor ini seolah-olah membenarkan apa yang dikata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu pembangkang akan mencetuskan huru hara bila mereka kalah dalam pilihanraya nanti..

Maksudnya bila UMNO/BN kalah dalam pilihanraya 13 nanti dan mereka menjadi pembangkang di Malaysia maka puak-puak inilah yang akan mencetuskan huru hara kerana kehilangan kuasa mereka.

Pakatan Rakyat mengumumkan bekas Panglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN sebagai calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang ini di sini.

Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 samseng upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu sejak jam 845 malam lagi.

Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Samseng yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan.

Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang membawa Anwar tetapi gagal kerana tidak mengenai sasaran.

Namun begitu mereka tidak berputus asa, mungkin disebabkan upah yang dijanjikan tidak akan dibayar jika tugas tidak terlaksana.

Untuk meneruskan agenda mereka, pembesar suara digunakan bagi menganggu Anwar yang sedang berucap.



Anwar terpaksa menghentikan ucapannya bila samseng-samseng UMNO tersebut memasang lagu 'Negaraku' dengan kuat ketika beliau berucap sebagai tanda menghormati lagu kebangsaan itu.

Bagaimanapun ucapannya diteruskan setelah samseng-samseng UMNO berulang kali memasangnya seolah-olah mempersendakan lagu kebangsaan itu..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417