Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Gambar Najib makan tengahari bersama buruan Interpol?.. betul ke nih?

$
0
0

Sebenarnya gambar Najib makan tengahari di Little Penang Café, The Curve bersama keluarga termasuk bakal menantunya Daniyar Nazarbayev yang dikatakan menjadi buruan Interpol ini aku tahu kewujudannya melalui e-mail yang diterima dari Najib Razak.

Sudah empat kali aku laporkan e-mail dari  Najib Razak ( info@1malaysia.com.my ) ni sebagai spam.. tapi masih lagi aku terima..

Dalam e-mail dari Najib Razak itu ditulis  "Saya mengambil peluang untuk mengisi masa lapang pada hari Ahad lepas dengan menikmati makan tengahari bersama keluarga saya di Little Penang Café, The Curve. Keluarga adalah segala-galanya bagi saya dan sebab itulah saya cuba meluangkan masa untuk bersama mereka."

Peluang untuk bersama-sama mereka hari ini adalah cukup bermakna buat saya kerana keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya. Syukur Alhamdulillah kerana saya dianugerahkan sebuah keluarga yang penyayang serta sentiasa memberi sokongan kepada saya." - 31hb Mac 2013


Pada 11 Februari lalu Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki.

“Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib.

“Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang,” kata Fariz ketika dihubungi.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, Pulau Pinang sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu.

Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

“Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri.

“Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi.

Baca apa yang dilaporkan oleh The New York Post itu di ( SINI ) Dan baca juga laporan yang mengatakan bakal besan Najib ditahan oleh Interpol di ( SINI )


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417