Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Wah!! Banyaknya pendapatan adik Najib ni.. tapi nasib pekerjanya?

$
0
0

Dari apa yang The Star online laporkan.. Tahun lalu CIMB Group Holdings Bhd telah membayar sejumlah RM10juta sebagai imbuhan kepada CEO Kumpulan tersebut Datuk Seri Mohd Nazir Razak ianya adalah lebih tinggi dari apa yang dibayar pada tahun 2011 iaitu RM8.7Juta.

Manakala Malayan Banking Bhd, pula telah membayar President dan Chief Executive Officer Datuk Seri Abdul Wahid Omar sejumlah RM6.26Juta pada tahun 2012, meningkat dari RM4.08Juta tahun sebelumnya..

Pendapatan lain-lain CEO bukan GLC termasuk TNB sila lihat di SINI

Meskipun mereka memperolehi pendapatan yang tinggi hasil dari komitmen yang tinggi oleh para pekerja mereka, namun kebajikan perkerja mereka langsung tak dipeduli..

Kesatuan Sekerja Bank bercadang anjur bantahan

KUALA LUMPUR, 1 April — Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) akan mengadakan bantahan pada Sabtu depan menentang tiga bank yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didakwa mengamalkan eksploitasi dan diskriminasi, menjelang Pilihan Raya 2013.

Setiausaha agung NUBE, J. Solomon hari ini menuduh Malayan Banking Berhad (Maybank), CIMB Bank dan Bank Muamalat Malaysia Berhad antaranya menahan bonus prestasi kepada pekerja kecuali Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), enggan menyambung kerja ahli kesatuan melangkaui umur persaraan, mengurangkan gaji dan memberhentikan pekerja kerana terlibat dalam aktiviti kesatuan dan memberi layanan buruk kepada pekerja yang mengandung.

“Kami tidak menerima sebarang bantuan daripada Kementerian Sumber Manusia kerana mereka menyokong ini,” beritahu Solomon.

“Kami telah buat banyak aduan. Mereka kata tidak buat banyak, terikat dengan mahkamah,” tambah beliau.

NUBE mewakili 5,000 pekerja Maybank, 4,000 pekerja CIMB dan 1,000 pekerja Bank Muamalat, menurut Solomon.

Kesatuan kerja itu mempunyai kira-kira 30,000 ahli.

Solomon berkata CIMB telah menolak permohonan oleh ahli kesatuan sejak dua tahun lalu untuk melanjutkan pekerjaan mereka

daripada usia persaraan 55 tahun kepada 57, sebaliknya mengambil pekerja-pekerja kontrak.

“Mereka menindas orang-orang yang telah berusia,” katanya.

Beliau mendakwa bahawa CIMB - yang diketuai oleh Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - juga memberi layanan buruk keatas dua pekerja hamil pada akhir tahun lalu dan awal bulan ini.

“Di cawangan CIMB, Nilai di mana seorang pekerja yang 4 bulan mengandung, dia telah dijerit dan dimarahi oleh pengurus cawangan di hadapan orang lain sehinggakan dia pengsan,” kata Solomon.

“Insiden lain adalah di KL, di mana salah seorang wanita hamil telah diarah supaya berdiri sepanjang hari dan tidak diberi kerusi sedang melayani pelanggan,” katanya.

Solomon berkata Bank Muamalat memberitahu pekerjanya tidak memiliki wang yang cukup untuk memberi mereka bonus prestasi pada tahun lepas, tetapi menegaskan CEO mereka, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid telah menerima sejumlah 18 bulan bonus.

Kesatuan bank menambah Bank Muamalat telah melanggar perjanjian kolektif kerana enggan menyediakan kasut dan pakaian seragam kepada kakitangan tahun lepas dengan memberi alasan “bank kecil” dan kekurangan dana.

“Kami melaporkan kepada Bank Negara di bawah jabatan Syariah, tetapi Bank Negara mengambil tindakan,” kata Solomon, sambil menambah bahawa laporan itu telah dibuat tahun lepas.

Sulaiman juga mengkritik Maybank dengan menuduh mereka telah memotong gaji dan juga menghalang pegawai kesatuan untuk menyertai aktiviti-aktiviti kesatuan tahun lepas, menghalang pegawai kesatuan daripada berjumpa dengan pekerja yang ingin mengadu menyerang pegawai-pegawai kesatuan.

Beliau menambah seorang pekerja dari ibu pejabat Maybank telah diberi surat tunjuk sebab awal bulan ini kerana menyiarkan satu artikel Umno dan PAS di laman Facebook peribadi beliau.

“Artikel ini mengatakan bahawa ahli politik itu kini menyokong Umno kerana dia mempunyai beberapa pinjaman dan Umno membantu dia keluar daripada berhutang... dia dahulunya dalam PAS,” kata Solomon, tanpa menamakan ahli politik tersebut.

NUBE telah mengadakan bantahan menentang Maybank pada Februari tahun lepas ekoran pertikaian gaji yang kekal tidak berganjak.

Pemimpin kesatuan sekerja telah mengecam bank terbesar di negara ini dan syarikat perkhidmatan kewangan kerana didakwa melanggar undang-undang buruh dan sivil, serta perjanjian kolektif dan perjanjian antarabangsa yang dilancarkan pada tahun lepas disebuah rumah kesatuan yang Kesatuan Bukan Eksekutif Maybank (Mayneu).

“Apabila bank-bank swasta dan bank-bank asing mendapati GLC bersikap begini, mereka juga akan melakukan perkara yang sama,” kata Sulaiman hari ini.

Beliau menambah bahawa NUBE masih belum mengesahkan tempat untuk mengadakan bantahan pada Sabtu, tetapi berkata mereka akan mengadakan sidang media berasingan pada Selasa ini ~ The Malaysian Insider

Sama saja macam abang dia adik Najib ni... Abang dia sapu komisyen RM500Juta.. bagi kat rakyat RM500 saja..

 Itupun bersoraklah macai-macai UMNO.. HIDUP MELAYU!! padahal dah kena tipu...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417