Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Lahad Datu: Datuk Seri diburu Polis muncul di FB.. Ini kenyataan beliau..

$
0
0

Seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dicari pihak polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat yang masih dilaksanakan ketika ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki itu dikatakan merupakan Yang Dipertua serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah) dan masih menjawat jawatan itu sehinga ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Polis juga meminta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini... Lapor BERNAMA

Rentetan dari laporan tersebut individu yang bernama  Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman telah mengeluarkan satu kenyataan di laman FaceBook miliknya..

Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri' Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina.

Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.

Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini.

Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa. Amar Maaruf Nahi Mungkar,

Sekian, Harap Maklum.

Sumbernya dari SINI 

Tengok siapa kawan dia ni..






Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417