Lidah Rasmi UMNO ataupun Utusan Malaysia hari ini telah menyiarkan wajah pemilik Blog Papa Gomo di muka hadapan terbitannya..
Sebagai penyokong Pakatan Rakyat sewajarnya kita mengucapkan jutaan terimakasih kepada Lidah Rasmi UMNO itu yang telah mempermudahkan kerja-kerja para Peguam Anwar dalam saman RM100 Juta itu..
Biarpun ianya telah dipaparkan di muka hadapan terbitan itu dalam laporannya yang terbaru mengenai kisah kononnya Papa Gomo telah dipukul petang tadi, Utusan langsung tidak menyebut antara sebab Papa Gomo dipukul ialah beliau telah dikenal pasti melalui wajah yang disiarkan Utusan..
Menurut beberapa Blog Pro UMNO, tindakan Utusan yang menyiarkan wajah Papa Gomo dimuka hadapan terbitannya menyebabkan beliau telah dikenalpasti dan di belasah.. antaranya ialah Blog di bawah..
Hairan juga aku dengan sikap editor Utusan kali ini.. mereka tahu yang Papa Gomo berhadapan saman RM100Juta.. proses mengesahkan identiti sedang dijalankan oleh para Peguam Anwar..
Tapi.. Utusan pula telah membantu mempermudahkan kerja-kerja mereka..
Apakah ini satu tindakan untuk menjauhkan Papa Gomo yang membawa imej Perasuah, Penyebar Fitnah dan Pengundi Hantu dari lingkungan UMNO?.. segalanya mungkin..
Dan berikut pula adalah beberapa keping gambar individu membelakangi kamera dengan kepala berdarah yang didakwa sebagai PapaGomo..
Boleh percaya ke dia tu kena belasah?.. kenapa tak dirakam gambar dari hadapan agaknya?
![]() |
Perhatikan warna darah pada tisu, terutama bahagian hujung darah yang mengembang pada tisu |
![]() |
Perhatikan warna darah pada hujung tompokan darah.. |
![]() |
Tisu kerana hidung berdarah |
Yang jelas Anwar Ibrahim akan dikaitkan dengan insiden ini... Lagi gambar-gambar tisu yang digunakan untuk menyapu darah pada kepala dan kaki sila lihat di ( SINI )