Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Bengang ceramahnya diganggu ahli PKR.. Zulkifli Nordin sindir samseng UMNO.. (Video Inside)

$
0
0

Berikutan dengan kebodohannya sendiri yang menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah ( baca sebagai fitnah) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam ceramahnya telah diminta dihentikan oleh penduduk tempatang dan juga ahli-ahli PKR Permatang Pauh.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekolah tersebut untuk menghentikan acara berkenaan yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Mereka membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah tersebut memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik. Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali, berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.

AMK Pulau Pinang melalui kenyataan media oleh Naib Ketua Angkatan Muda, Dr. Afif menganggap kekecohan tercetus kerana tindakan penganjur yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat terutamanya di Taman Guar Perahu dan Penanti..

Atau dalam lain ayat ‘Tak Reti Bahasa’ ataupun boleh juga dianggap sebagai ‘Buta Perut’.. sila baca di ( SINI )

Memang.. ramai yang berpendapat tindakan menganggu upacara menyebar fitnah ini adalah sesuatu yang tidak wajar... tetapi kadang kala kita juga perlu bersikap kurang ajar untuk mengingatkan puak-puak yang sememangnya bebal ini..

Bengang dan geram bilamana ceramahnya ( baca sebagai fitnah ) diganggu dan beliau diusir keluar Zulkifli Nordin memberikan komen dengan mengenepikan otaknya untuk berfikir pihak manakah yang lebih terasa dengan komennya itu..

Katanya “Sebenarnya golongan pembangkang yang cuba membuat provokasi dan kekecohan ini semalam sebenarnya takut dengan kebenaran yang dibongkarkan..”

Beliau turut memberi contoh bahawa Rasulullah S.A.W ketika membawa risalah kebenaran agama Islam kepada kaumnya pun dulu diganggu oleh Abu Jahal,dibuat bising,disorak-sorak dan sebagainya.

Taktik yang sama golongan ini guna untuk mengganggu akan kebenaran yang ingin disampaikan kepada rakyat… tambahnya lagi..

Marahkan PKR tapi dia dah sindir samseng-samseng UMNO sendiri..

Di bawah ini ialah satu dari berpuluh-puluh video yang merakamkan tindakan samseng-samseng UMNO ala Abu Jahal sepertimana yang dikatakan oleh Zul Nordin itu..



Dalam insiden ini seorang penyokong Pakatan Rakyat telah cedera dikepala terkena lontaran batu dari samseng UMNO.. sama denganapa yang puak Abu Jahal lakukan iaitu melontar batu bagi menghalang kebenaran disampaikan.. lihat laporannya di ( SINI )

Dalam kejadian di Penanti itu juga telur-telur telah dilontarkan kearah Zulkifli Nordin.. dan perlu diketahui bahawa kaedah ini telah diperkenalkan oleh samseng-samseng UMNO di ( SINI )

Ini video alasan yang diberikan oleh Zulkifli Nordin untuk cover malu bila dihalau keluar dari Permatang Pauh semalam..



Jika dengan hanya satu insiden ceramahnya diganggu oleh penyokong PKR.. penyokong-penyokong PKR yang menganggu upacara menyebar fitnahnya dianggap sebagai Abu Jahal..

Samseng-samseng UMNO pula nak digelarkan apa pula?

Dua video dari tempat kejadian sila lihat di ( SINI )

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417