Ini adalah satu lagi tindakan terdesak untuk mengekalkan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO!!
Selama ini golongan yang susah hidupnya yang dibantu kewangan mereka setiap bulan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, menerima bantuan dengan dikreditkan terus ke dalam akaun milik mereka..
Tetapi ianya tidak dikreditkan bulan ini malah penerima bantuan diberikan bantuan secara tunai yang disampaikan oleh pemimpin UMNO di Pejabat UMNO.
Apa yang tersirat dari tindakan pemimpin UMNO yang memperkudakan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini ialah mereka cuba memperbodohkan rakyat kononnya selama ini UMNO/BN yang membantu kehidupan mereka..
Walhal wang tersebut adalah milik Kerajaan Malaysia..
Hanya orang bodoh percaya bahawa wang bantuan itu datangnya dari UMNO.. kerana hakikatnya wang tersebut datangnya dari Kerajaan Malaysia melalui cukai yang dikutip dari keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik..
Ini kenyataan media YB Dr. Xavier Jayakumar mengenai hal ini..
JKM Diselar Arah Penerima Bantuan Ambil Wang dari Pejabat UMNO
Kerajaan Negeri Selangor menyelar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Shah Alam kerana mengarahkan penerima-penerima bantuan mengambil pembayaran bulanan mereka di Pejabat Umno Bahagian Shah Alam pada hari ini.
Dikhabarkan majlis penyerahan bayaran tersebut pula disampaikan oleh Dato’ Haji Ahmad Nawawi Dato’ M.Zin, Ketua Umno Bahagian Shah Alam.
Kebiasaannya bayaran bulanan tersebut dikreditkan ke dalam akaun Bank Simpanan nasional (BSN) penerima bantuan.
Ini jelas menunjukkan bahawa JKM sebuah agensi kerajaan pusat telah diperalatkan oleh UMNO/BN untuk meraih undi dari kalangan penerima bantuan tersebut menjelang PRU yang semakin hampir.
JKM sepatutnya berlaku adil dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dalam hal-hal yang melibatkan kebajikan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah.
Sebelum penyampaian bayaran tersebut mereka telah diberi “taklimat” oleh beberapa orang pemimpin UMNO untuk menyokong BN dalam PRU yang akan datang.
Lebih 100 orang telah hadir ke pejabat UMNO tersebut untuk mendapatkan bayaran tersebut.
Dilampirkan salinan surat pekeliling JKM Daerah Shah Alam bertarikh 13 Februari, 2013
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan Negeri Selangor
Tarikh : 25 Februari 2013