Video di bawah merupakan salah satu siri Bangkang dari Longkang yang diterbitkan untuk menyindir beberapa isu semasa yang membabitkan Pakatan Rakyat.
Antara isu yang disindir oleh barisan pelawak seperti Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Salih Yaacob, Douglas Lim dan Johan Raja Lawak termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.
Dalam sketsa di atas, Salih berlakon sebagai pemimpin yang berjanji akan menunaikan segala janji selepas menakluki Putrajaya. Nabil pula dilihat sebagai pembantu Salih. Pemimpin yang digambarkan sebagai pemimpin PR itu digambarkan mendengar dan menulis janji yang dituntut oleh rakyat dalam suatu ceramah.
Dalam dialog sketsa Buku Jingga, Nabil dengan jelas menyebut "bos relaks, relaks, janji tak semestinya ditunaikan. Macam yang kita buat di empat negeri tu..." ketika Salih menggelabah kerana telah berjanji macam-macam kepada audiens ceramahnya ~ DCM