Sebelum ini Sinar Harian telah menyiarkan kenyataan dariPengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah mengenai isu video yang telah mencetuskan kontroversi yang melibatkan dirinya dan seorang Mahasiswa KS Bawani.
Antara kenyataannya ialah.. "Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.
“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.
Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.
“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M ~ sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Dan berikut adalah video semasa beliau mengadakan kenyataan media tersebut..